Tuesday, November 30, 2010

Kadar Caruman KWSP Pekerja Dinaikkan Semula Ke 11 Peratus Pada Januari 2011

Perhatian:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin memaklumkan bahawa kadar caruman berkanun bahagian pekerja akan dinaikkan semula kepada 11 peratus daripada 8 peratus berkuatkuasa dari gaji bulan Januari 2011 dan dibayar kepada KWSP mulai bulan Februari 2011. 
Kadar caruman berkanun pekerja diturunkan untuk tempoh dua tahun daripada 11 peratus kepada 8 peratus bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010.
Majikan dinasihati memastikan amaun caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan dibayar kepada KWSP bermula dari caruman bulan Februari 2011.
Ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun tersebut tidak perlu mengambil sebarang tindakan.
Caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal pada 12 peratus.
Majikan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi cawangan KWSP terdekat, menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan mereka melalui laman web myEPF di Enquiry.

(NIK AFFENDI JAAFAR)
Pengurus Besar
Perhubungan Awam
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Tarikh: 18  November 2010
 

Monday, November 1, 2010

SURAT PEKELlLlNG IKHTISAS BILANGAN 14-TAHUN 2010: PINDAAN KEPADA SURAT PEKELILING IKHTISAS BAYARAN-BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN Kementerian Pelajaran Malaysia

Klik di sini

Perlantikan Ketua Setiausaha KPM (BARU).

Pelantikan Ketua Setiausaha KPM berkuatkuasa 29 Oktober 2010


Sukacita dimaklumkan bahawa Y.Bhg Dato' Dr. Rosli bin Mohamed telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha KPM berkuatkuasa 29 Oktober 2010. Semoga KPM terus cemerlang dibawah kepimpinan yang diterajui beliau.

MESEJ RINGKAS