Thursday, March 31, 2011

Cebisan Ucapan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 22 Mac 2011 Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Petikan kandungan ucapan Y.A.B Perdana Menteri ialah:
1.     Pemanjangan kemudahan rawatan perubatan percuma kepada pesara skim KWSP
“Tuan-tuan dan puan-puan sebagai tanda penghargaan kepada para penjawat awam yang telah berjasa, kerajaan dengan ini membuat keputusan bahawa berkuat kuasa mulai tarikh semasa pesara skim KWSP yang bersara pada umur wajib atau yang bersara di bawah Seksyen 6A(6), Akta 227/239 termasuk ahli keluarga tanggungan pesara layak menikmati kemudahan rawatan perubatan percuma.Pelaksanaan pemanjangan kemudahan rawatan perubatan percuma kepada pesara skim KWSP ini hanya diberi kepada anggota perkhidmatan awam di bawah skim KWSP yang telah bersara wajib oleh Kerajaan Persekutuan, atau Negeri atau Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan. Walau bagaimanapun ia tidak merangkumi mereka yang meletakkan jawatan atau meninggalkan perkhidmatan atas kehendak sendiri.”
Untuk memaklumkan BP melalui sms sila klik
2.  Pemansuhan penangguhan bayaran sebahagian ganjaran untuk persaraan pilihan sendiri
“Di samping itu berkat usaha kerajaan menguruskan kewangan dengan bijak sehingga kita mulai pulih daripada masalah ekonomi, berkuat kuasa mulai tarikh semasa juga ganjaran akan dibayar seratus peratus kepada anggota sektor awam yang bersara pilihan di bawah skim pencen sekali gus memansuhkan penangguhan bayaran sebahagian ganjaran yang sebelum ini.”

Friday, March 25, 2011

Senarai Tuntutan Perjalanan AP 58(a) Sekolah Rendah & Menengah Bagi Tahun 2010

Tindakan segera
Pengetua/Guru Besar
Sekolah Rendah Dan Menengah
Daerah Muar/Ledang

TUNTUTAN PERJALANAN GURU DAN KAKITANGAN BAGI TAHUN 2010 DI BAWAH AP58(A) SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DAERAH MUAR/LEDANG

Tuan/puan diminta menyenaraikan tuntutan perjalanan bagi guru dan kakitangan sekolah tuan/puan bagi tahun 2010 yang dipulang mengikut seperti format yang dilampirkan.
2. Senarai tersebut perlu dikemukakan ke Unit Kewangan, PPD Muar sebelum 12 tgh hari ISNIN (28 Mac 2011) secara softcopy atau emel kepada norhayati_isa@yahoo.comAlamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya atau aly_muo@yahoo.comAlamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya . Baucer bayaran tuntutan perjalanan tersebut hendaklah dikemukakan ke unit kewangan selepas penghantaran senarai tuntutan perjalanan tersebut.
3. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Cik Norhayati Binti Isa di talian 06-9525079 atau En. Hazli Bin Syukor di talian 06-9525112. Sebarang kelewatan adalah di atas tanggungjawab sekolah.
sekian. terima kasih

Attachments:
FileFile size
Download this file (FORMAT.xls)Format TNT35 Kb

Monday, March 21, 2011

KEPUTUSAN SPM 2010

TINDAKAN >>> PENGETUA SM DAERAH MUAR / LEDANG
Keputusan SPM 2010 akan keluar pada 23.03.2011. Sehubungan itu diminta Tuan untuk hadir ke Dewan PPD Muar pada 23.03.2011 jam 8.00 pagi untuk taklimat dan pengambilan slip keputusan sekolah tuan. Terima kasih.
 

Sunday, March 20, 2011

Pemantauan Audit Dalam Kementerian Pelajaran Malaysia ke PPD Muar(mulai 21 hingga 25 /3/2010).

Sila ambil perhatian kepada KPT dan PT Kewangan sila kemaskini Akaun Kerajaan,Suwa, Asrama dan PWR kerana pegawai audit dalam akan ke sekolah-sekloah dalam waktu tersebut.

Thursday, March 10, 2011

Sila ambil perhatian berkaitan :BANTUAN SUKAN SEKOLAH (BSS)

RUJUK SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 8
TAHUN 2010
MAKSUD BELANJA
2.1. Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BSS adalah meliputi aktiviti:
a. Kejohanan olahraga tahunan sekolah;
b. Aktiviti pra kejohanan seperti sukan tara dan merentas desa;
c. Karnival permainan antara rumah, kelas, tingkatan dan sebagainya; dan
d. Program-program lain sukan di sekolah sepanjang tahun.
2.2. Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanan aktiviti di para 2.1 adalah seperti berikut:
a. Pengendalian dan pengurusan kelab-kelab Sukan dan Permainan;
b. Kursus pendedahan permainan kepada murid;
c. Urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid; dan
d. Penyediaan bahan cetak, bahan habis guna; dan
e. Pembelian serta penyelenggaraan peralatan.
MASUKKAN LAJUR PELBAGAI BUKU TUNAI KERAJAAN(UJUDKAN SUBSIDIRI)

Tuesday, March 8, 2011

DOKUMEN SOKONGAN BAGI T&T PERJALANAN MULAI FEB 2011

MAKLUMAN & TINDAKAN>>Pengetua/Guru Besar daerah Muar/Ledang
Dimaklumkan bahawa semua guru dan AKS di bawah pentadbiran tuan,sesalinan slip gaji terkini dan penyata bank yang telah diakui sah hendaklah dikepilkan bersama borang tuntutan perjalanan setiap kali membuat tuntutan.Sekian, untuk makluman dan tindakan tuan.Terima kasih.
Ditulis oleh Cik Norhayati 

KAEDAH PENGIRAAN HARI BERKURSUS YANG DIGUNAKAN UNTUK PEREKODAN DI DALAM KAD PELAPORAN LATIHAN KPM

Klik di sini

Thursday, March 3, 2011

Penjelasan Berkaitan Bayaran Kursus Untuk Guru-Guru Dan Kakitangan Kelulusan Pungutan Wang Dari Bantuan Yang Diperuntukkan Bagi Membiayai Aktiviti Murid

Hanya kursus yang melibatkan Institusi Kerajaan yang mempunyai resit rasmi kerajaan Kew.38 sahaja dibenarkan dituntut melalui Tuntutan Perjalanan seperti Kursus anjuran INTAN, IAB, JANM dan lain-lain. Sila rujuk SPK Bil 8 Tahun 2010.
Manakala kursus yang dianjurkan oleh Sekolah/PPD bayaran boleh dituntut melalui Peruntukan LPBT dengan syarat mendapat kelulusan Ketua PTJ (JPNJ).
Bagi Peruntukan yang diminta dikeluarkan oleh sekolah perlu dikemukakan kepada Pegawai Pelajaran Daerah Muar beserta kertas kerja (Proposal) untuk dimajukan ke JPNJ bagi mendapatkan kelulusan dari Ketua PTJ (JPNJ). Bersama-sama ini sertakan surat jabatan Bil (18) JPNJ.AKAUN(40)/400 1/3/7 bertarikh 8.12.2010 untuk rujukan


Attachments:
FileFile size
Download this file (surat Jpnj.jpg)Surat JPNJ1255 Kb
Download this file (surat Jpnj2.jpg)surat JPNJ21947 Kb
 

BORANG MAKLUM BALAS STATUS PENERIMAAN BANTUAN PERSEKOLAHAN TERUS KE AKAUN SEKOLAH(Setelah terima peruntukan PCG sila isi borang ini hantar ke KPM Bhg. Kewangan dlm. tempoh 5 hari bekerja selepas peruntukan di terima)

Contoh borang: (Rujuk di surat Ralat Surat Pek. Kew. 8/2010 m.surat akhir)

MESEJ RINGKAS