Monday, December 17, 2012

RALAT: CONTOH KEW.8 IMBUHAN TAHUNAN KALI KEDUA

Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor
Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah Negeri Johor
(Termasuk sekolah PTJ)
Tuan/Puan,
Untuk makluman tuan/puan, terdapat sedikit kesilapan pada contoh
Kew.8 yang telah dikemukakan sebelum ini iaitu Contoh 5. Sehubungan
 itu, bersama-sama ini disertakan semula contoh 5 yang telah diperbetulkan
dan disertakan juga contoh 9 sebagai tambahan kepada contoh-contoh yang
 telah diberi.
Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN
RALAT: CONTOH KEW.8 IMBUHAN TAHUNAN KALI KEDUA (Lain-Lain)

Thursday, December 6, 2012

PENYATA PERUBAHAN (Kew.8) IMBUHAN TAHUNAN KALI KEDUA TAHUN 2012


Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor
Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah Negeri Johor
(Termasuk sekolah PTJ)
Tuan/Puan,
Bersama-sama ini disertakan Contoh Kew.8 Imbuhan Tahunan Kali Kedua Tahun
 2012 mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2012 untuk tindakan
 tuan/puan selanjutnya.
Untuk makluman tuan/puan, urusan penyediaan Kew.8 Imbuhan Tahunan ini bagi kes
pegawai-pegawai yang terlibat dengan pertukaran, cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji,
kenaikan pangkat, dan bersara yang memerlukan pelarasan dan tindakan segera, dan
 boleh dikemukakan ke jabatan/ PPD/ sekolah untuk kelulusan. Bagi pegawai-pegawai
 lain yang tidak terlibat dengan pelarasan , tarikh penyediaan Kew.8 ini akan dimaklumkan kemudian.
Segala pertanyaan sila�hubungi Puan Asiah Binti Rapiee (07-2311494)
Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN
CONTOH KEW.8 IMBUHAN TAHUNAN KALI KEDUA TAHUN 2012 (Lain-Lain)

Wednesday, December 5, 2012

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN DI INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA ANJURAN KPM SEKSYEN AKAUN SEKOLAH

TIGA ORANG PESERTA DARI DAERAH MUAR YANG AUDIT BERTEGURAN.
EN. ZAIDI, EN. BORHANUDDIN DAN EN. MD SUKOR BIN OTHMAN TELAH DI BERI KURSUS TERSEBUT DI IPN, SABAK BERNAM, SELANGOR.
TERIMA KASIH KEPADA SEKSYEN AKAUN SEKOLAH, BAHAGIAN AKAUN,KPM  KERANA ILMU YANG DI BERIKAN DAN MEMBERI TUJUK AJAR KEPADA KAMI TERUTAMA PENCERAMAH KAMI EN. MUNAWIR, EN. AZMI , EN. MUHAMMAD IBRAHIM DAN PN. NORHAINI.
INSYALLAH KAMI AKAN CUBA ADAKAN KURSUS TERSEBUT DI DAERAH MUAR MELALUI KEPTAN DAERAH MUAR DENGAN MENGUNDANG PERCERAMAH TERSEBUT.



Sunday, December 2, 2012

Bayaran imbuhan tahunan kali ke 2

TINDAKAN SEGERA>>Semua Pengetua/Guru Besar Daerah Muar/Ledang
Attachments:
FileDeskripsiUploaderFile size
Download this file (LAMPIRAN 1.doc)LAMPIRAN 1.doc Unit Teknologi & Maklumat PPD Muar458 Kb
Download this file (PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 12 TAHUN 2012.pdf)PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 12 TAHUN 2012.pdf Unit Teknologi & Maklumat PPD Muar583 Kb
Download this file (Surat Pekeliling ANM Bilangan 6 Tahun 2012.pdf)Surat Pekeliling ANM Bilangan 6 Tahun 2012.pdf Unit Teknologi & Maklumat PPD Muar915 Kb
 

Monday, November 19, 2012

BORANG PINJAMAN PERUMAHAN YANG MEMILIH INSURAN HSBC

Untuk makluman kepada Pembantu-pembantu Tadbir Daerah Muar dan Ledang borang pinjaman perumahan yang di isi secara on line hendaklah di cetak dan bersama-sama surat perjanjian jual beli rumah yang dibuat di pejabat peguam hendaklah di serahkan kepada EN. MD. SUKOR BIN OTHMAN (Ketua Pembantu Tadbir SMK Bandar Maharani) merangkap Timbalan Pengerusi KETAN Daerah Muar berserta surat iringan dari sekolah yang ditandatangani oleh Guru Besar atau Pengetua. Segala urusan akan di uruskan oleh beliau.
Sekian unutk makluman.

Saturday, November 17, 2012

SEMINAR PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN DI HOTEL TRADERS MUAR PADA 30.10.2012



Perasmi wakil  PPD , Penceramah Tn. Hj.Muhamad  Adam Bin Hj Samsudin 
dan Pengerusi Majlis KPT
 merangkap Pengerusi Keptan Tn. Hj.Mohamad  Safee Bin Yusak


Mendapat sambutan 260 orang  peserta Kursus yang terdiri daripada  KPT dan PT
sekolah-sekolah Daerah Muar/ Ledang 


Friday, November 16, 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434 H

Majlis Ketua Pembantu Tadbir Muar/ Ledang mengucapkan Selamat Tahun Baru 1434 Hijrah kepada semua warga pendidikan yang beragama Islam.  Moga Hijrah kita seterusnya dalam kehidupan akan memberi pengertian dan lebih bermakna.




MAKLUMAT TERKINI BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN

            LANJUTAN TEMPOH PINJAMAN PERUMAHAN


 PENETAPAN WANG PROSES MULAI 1 JANUARI 2013

 PERLAKSANAAN SISTEM PINJAMAN PERUMAHAN BERSEPADU





Thursday, November 1, 2012

Langkah-langkah Keselamatan Perlindungan Bagi Mencegah Kehilangan Komputer Riba dan Peranti Mudah Alih di Sektor Awam

Langkah-langkah Keselamatan Perlindungan Bagi

 Mencegah Kehilangan Komputer Riba dan Peranti

 Mudah Alih di Sektor Awam

Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel
Ditulis oleh Administrator
Sila klik di sini untuk muat turun

Senarai Kontraktor Yang Dilesenkan oleh Jabatan Alam sekitar (JAS) Untuk Mengendalikan e-Waste (2011-2012)

Senarai kontarktor yang dilesenkan oleh JAS untuk mengendalikan e-Waste bertujuan memudahkan pengguna KPM membuat rujukan dan semakan bagi pelaksanaan aktiviti pelupusan aset alih yang dikategorikan sebagai bahan buangan berjadual.

Sila klik DI SINI untuk pautan ke Portal Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Sila klik  untuk muat turun


 

Wednesday, October 31, 2012

PERHATIAN

Ucapan terima kasih kepada peserta seminar perumahan pada 30/10/2012. Jika ada peminjam yang telah memilih HSBC Takaful sila serahkan borang pinjaman kepada En. Md Sukor bin Othman d/a SMK Bandar Maharani, Muar, Johor.

Sunday, October 28, 2012

PERHATIAN

KEPADA PESERTA KURSUS PINJAMAN PERUMAHAN PADA 30/10/2012 YANG BELUM MENDAFTAR SEBAGAI AHLI KEPTAN SILA BAWA SLIP GAJI DAN SALINAN KAD PENGENALAN UNTUK PENDAFTARAN DAN PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA PADA HARI TERSEBUT.

Wednesday, September 12, 2012

PENGGUNAAN SEPENUHNYA PEMBERIAN BANTUAN PER KAPITA (PCG) MATA PELAJARAN

PENGGUNAAN SEPENUHNYA PEMBERIAN BANTUAN PER KAPITA (PCG) 
MATA PELAJARAN

Bersama-sama ini disertakan Surat Kementerian KP(BPK)600-3(65) bertarikh 
10 Ogos 2012 adalah berkaitan. Sehubungan itu, pihak sekolah hendaklah 
memastikan bantuan PCG mata pelajaran dibelanjakan sepenuhnya pada tahun 
 semasa supaya murid mendapat manfaat daripada peruntukan yang diberikan.

Sila muat turun surat berkenaan di lampiran.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN
PENGGUNAAN SEPENUHNYA PEMBERIAN BANTUAN PER KAPITA (PCG) MATA PELAJARAN (Surat)

Sunday, September 2, 2012

SEJARAH JAMBATAN MUAR

Sebelum pembinaan jambatan ini, penduduk yang ingin ke Seberang (panggilan untuk ke Tanjung Agas dan Melaka) terpaksa menyeberangi Sungai Muar menggunakan kemudahan feri yang dipanggil Penambang. Penambang atau feri ini mula beroperasi sekitar tahun 1890 sejak Muar dibuka dengan rasmi oleh Almarhum Sultan Abu Bakar.
Oleh kerana pembangunan pesat ketika itu, Penambang dirasakan tidak dapat menampung kenderaan yang ingin menyeberang Sungai Muar. Oleh itu, cadangan telah dibuat untuk membina saebuah jambatan yang akan menghubungkan Bandar Muar ke Tanjung Agas dan Melaka.
Pembinaannya bermula pada tahun 1960 oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan siap sepenuhnya pada 1962. Jambatan ini dibuka secara rasmi oleh Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor ketika itu pada 15 April 1967, mengambil sempena nama baginda. Dengan pembukaan jambatan tersebut, operasi feri Penambang juga ditamatkan.
Untuk menampung kos pembinaannya, kutipan tol telah dikenakan bagi tempoh yang singkat.

MAJLIS HARI RAYA KEPTAN AKAN DI SAMBUT PADA 12/09/2012 (HARI RABU) BERTEMPAT DI DEWAN SMKA MAAHAD, MUAR,JOHOR. SURAT JEMPUTAN AKAN MENYUSUL.


ORANG TAK AKAN PUAS HATI DENGAN APA YANG KITA BUAT...OLEH ITU BUAT YANG TERBAIK YANG KITA RASAKAN MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ORANGN LAIN..


Sunday, August 26, 2012

Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2012 - Garis Panduan Pengurusan Peruntukan Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP)

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah

cover_facebook_UZAR_Raya_3
Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.
" kau , dah hari ker berapa dah?"
"aku dah 5 hari dah ni"
"esok aku raya (sunat syawal)"
Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.
Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.
Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.
Ziarah & Puasa Sunat
Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.
Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.
Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha
Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).
Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)
Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.
Isu Gabung Sunat & Qadha
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-
1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.
2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.
3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)
4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).
6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.
7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh dibuat sesuka hati di dalam ibadah.
Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);
Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
25 Oktober 2006
(Diedit semula pada 3 Syawal 1428 H = 15 Oktober 2007)
TERBIT SEMULA : 8 OKTOBER 2008 ( 9 Syawal 1429 H)

p/s : Anda bebas untuk tidak menyetujui kesimpulan saya dalam tulisan ini. Bagaimanapuan, pihak saya tidak mengalu-alukan sebarang perdebatan dan hujah balas dalam ruangan komen. Saya meraikan setiap pandangan tanpa menyalahkan mana-mana pihak.
Justeru, tidak perlulah berhujjah di sini, ini bukan tempatnya yang sesuai. 



Thursday, August 16, 2012

Jangan pergi dulu wahai Ramadhan...........

Rasanya.. Masih banyak ibadah yang harus dibenahi.. masih banyak dosa diri, ingin mengisinya dengan sesuatu berarti.. ramadhan jangan pergi!

1. jangan dulu pergi.. wahai bulan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya ampunan, dan akhirnya pembebasan dari api neraka. #ramadhan

2. jangan dulu pergi.. Wahai bulan orang-orang berpuasa dan menghidupkan malam-malamnya dengan ibadah.. #ramadhan

3. jangan dulu pergi.. Wahai bulan ketika Allah setiap malamnya membebaskan ratusan ribu orang yang harus masuk neraka #ramadhan

4. jangan dulu pergi.. Wahai bulan mustajabnya doa.. #ramadhan

5. Ibadahku belum lagi sempurna, doaku belum lagi membahana, malam-malamku masih kurang dengan airmata.. #ramadhan

6. jangan dulu pergi... Wahai bulan segala pahala kebajikan digandakan.. Wahai bulan keberkahan.. #ramadhan

7. jangan dulu pergi..amalan shalihku belum seberapa.. Itupun, belum tentu diterimaNya.. #ramadhan

8. jangan dulu pergi.. Masih kurang ku bertilawah, masih kurang kuberibadah berjamaah, masih kurang kubersedekah.. #ramadhan

‎9. jangan pergi..Lisanku masih kurang bertasbih, malamku tak sempurna bertarawih, dosaku masih membuih..

‎10. Tinggal hitungan hari, kau pergi.. Meninggalkan diri yg berharap kembali fitri. Kembali suci.. #ramadhan .

Wednesday, August 15, 2012

TINDAKAN SEGERA : URUSAN ePANGKAT

TINDAKAN>>> PENGETUA DAN GURU BESAR
Untuk makluman , tuan diminta membuat pengemaskinian dan pengesahan maklumat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) di bawah pentadbiran masing-masing.  Walaubagaimanapun Ketua Jabatan dipohon agar memberi keutamaan kepada 3 kumpulan:-
1. Pengetua yang diberi pemangkuan 1.1.2012
(Sekolah yang terlibat sila maklumkan kepada PPD unit sekolah).
2. Penolong Kanan yang diberi pemangkuan 1.1.2012. -
3. PPP yang layak dinaikkan pangkat secara Time-Based tahun 2013.
(Disahkan oleh Pengetua / Guru Besar sekolah atau PK Pentadbiran bagi yang tiada Pengetua/Guru Besar)
Bagi keterangan lanjut sila layari laman web www.gov.my/epangkat, ePangkat ini dibuka secara berterusan.

 

Tuesday, August 14, 2012

Mengesan Malam Lailatul Qadar 2012/1433H


Bila Lailatul Qadar?
Mungkinkah Lailatul Qadar tahun ini berlaku pada malam ke 21 atau 23 Ramadhan?
Jika 10 hari pertama adalah bulan penuh kerahmatan; 10 hari pertengahan Ramadhan sebagai hari pengampunan segala dosa; Maka 10 hari terakhir Ramadhan ialah kemunculan malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Padanya terdapat ‘Malam al-Qadar’ yang dinanti-nantikan oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa.
Berdasarkan pendapat dan kajian para ulama terdahulu dengan berpandukan jadual yang diberi, maka terdapat tarikh2 tertentu dalam sepuluh malam terakhir ini dijangkakan berlakunya Lailatul Qadar.

.
Ibnu Abbas menyatakan Lailatul Qadar jatuh pada malam ketujuh dari 10 malam yang terakhir, kerana Allah SWT telah menciptakan tujuh langit, tujuh bumi, tujuh hari dan waktu itu berputar dalam tujuh putaran.
.
.

Menjangka Lailatul Qadar

.
Daripada Aishah r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.”   (Riwayat Bukhari)
Pendapat Imam Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi pula; “Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadhan.”
.
Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadith-hadith yang menceritakan tentang Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam tersebut berpindah-pindah pada setiap tahun.

Tepatnya pada malam-malam ganjil iaitu dari malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan. Berkata Imam Ghazali dan lainnya: “Lailatul Qadar pada malam yang gasal (ganjil) di dalam 10 yang akhir.”  Dan mereka turut berkata:  “Sesungguhnya Lailatul Qadar diketahui dengan hari yang pertama dari bulan Ramadhan.”
.
Maka berpandukan jadual di atas ahli Sufi berpendapat tahun ini (2012 / 1433H), ‘Lailatul Qadar’ akan berlaku pada malam 21 Ramadhan, manakala Fathul Wahhab pula menjangkakan ‘Lailatul Qadar’ berlaku pada malam 23 Ramadhan. Ini berdasarkan puasa pertama tahn ini jatuh pada hari Sabtu.
.

Sheikh Abu Hassan menyatakan beliau sentiasa meraih Lailatul Qadar pada malam yang tepat sejak mula baligh, setelah mengikut petua di atas. Beliau menyatakan sekiranya puasa pertama jatuh pada hari Sabtu, seperti tahun ini (1433H), maka ‘Lailatul Qadar’ akan berlaku pada malam 23 Ramadhan.
.
Nah inilah peluang kita meraih seberapa banyak pengampunan, kerahmatan dan keredhaan Allah SWT dengan mengimarahkan malam ini menerusi Qiamullail.
Walaubagaimanapun janganlah kita beribadat pada malam itu sahaja, carilah malam qadar pada 10 malam-malam terakhir yang lain juga.
.
Allah SAW menyembunyikan tarikh Lailatul Qadar sebagai perangsang kepada umat mukmin bagi melipat-gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadhan al-mubarak serta menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu.
.
.

Anugerah Lailatul Qadar

.
1.   Kelebihan malam al-Qadar tidak dianugerahkan kepada sebarangan orang dan tidak diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu Ramadhan sahaja.
2.  Fadhilat malam itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keislaman dalam setiap tutur kata, peri laku, akhlak, ibadat dan kegiatan kehidupan sepanjang Ramadhannya.
3.  Kehadiran Lailatul Qadar disambut dengan penuh keyakinan dan keimanan akan termasuk dalam golongan yang dilimpahi kenikmatan syurga.
4.  Pahala ibadat pada malam al-Qadar akan tetap mendapat ganjaran daripada Allah biarpun tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
.
.

Saat Makbul Doa

.
Sepanjang Lailatul Qadar adalah malam yang paling mustajab berdoa. Maka perbanyakkan doa pada malam itu, khususnya pada:
  1. Masa berlalunya separuh malam.
  2. Ketika berada pada bahagian malam yang akhirnya.
.
Ulama tasauf yang juga ulama fikah terkenal, Sufian as-Sauri berkata: “Berdoa pada Lailatul Qadar itu lebih disukai daripada mengerjakan solat. Malah apabila seseorang membaca al-Quran, berdoa dan meningkatkan doanya kepada Allah, mudah-mudahan dia memperoleh waktu yang mustajab.”
.
Rasulullah SAW amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada Lailatul Qadar dengan meminta keampunan kepada Allah. Lailatul Qadar adalah satu saat yang makbul dan sesiapa yang berdoa dan bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doanya dikabulkan Allah.
.

.
.

Bertemu Lailatul Qadar

.
Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: Bacalah:

للَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى

“Allahumma innaka ‘afwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni waghfirli.”
(Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah dan yang suka mengampunkan, maka ampunilah daku.)
.
.

Amalan Malam Lailatul Qadar

.
Bagi mendapatkan cara-cara beramal pada Lailatul Qadar yang lebih lengkap, sila  ‘klik di sini’
.
.
Rasulullah SAW. bersabda: “Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
.
.
Wallahu A’alam Bissowab

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

by;
Bila Lailatul Qadar?
Mungkinkah Lailatul Qadar tahun ini berlaku pada malam ke 21 atau 23 Ramadhan?
Jika 10 hari pertama adalah bulan penuh kerahmatan; 10 hari pertengahan Ramadhan sebagai hari pengampunan segala dosa; Maka 10 hari terakhir Ramadhan ialah kemunculan malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Padanya terdapat ‘Malam al-Qadar’ yang dinanti-nantikan oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa.
Berdasarkan pendapat dan kajian para ulama terdahulu dengan berpandukan jadual yang diberi, maka terdapat tarikh2 tertentu dalam sepuluh malam terakhir ini dijangkakan berlakunya Lailatul Qadar.

.
Ibnu Abbas menyatakan Lailatul Qadar jatuh pada malam ketujuh dari 10 malam yang terakhir, kerana Allah SWT telah menciptakan tujuh langit, tujuh bumi, tujuh hari dan waktu itu berputar dalam tujuh putaran.
.
.

Menjangka Lailatul Qadar

.
Daripada Aishah r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.”   (Riwayat Bukhari)
Pendapat Imam Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi pula; “Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadhan.”
.
Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadith-hadith yang menceritakan tentang Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam tersebut berpindah-pindah pada setiap tahun.

Tepatnya pada malam-malam ganjil iaitu dari malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan. Berkata Imam Ghazali dan lainnya: “Lailatul Qadar pada malam yang gasal (ganjil) di dalam 10 yang akhir.”  Dan mereka turut berkata:  “Sesungguhnya Lailatul Qadar diketahui dengan hari yang pertama dari bulan Ramadhan.”
.
Maka berpandukan jadual di atas ahli Sufi berpendapat tahun ini (2012 / 1433H), ‘Lailatul Qadar’ akan berlaku pada malam 21 Ramadhan, manakala Fathul Wahhab pula menjangkakan ‘Lailatul Qadar’ berlaku pada malam 23 Ramadhan. Ini berdasarkan puasa pertama tahn ini jatuh pada hari Sabtu.
.

Sheikh Abu Hassan menyatakan beliau sentiasa meraih Lailatul Qadar pada malam yang tepat sejak mula baligh, setelah mengikut petua di atas. Beliau menyatakan sekiranya puasa pertama jatuh pada hari Sabtu, seperti tahun ini (1433H), maka ‘Lailatul Qadar’ akan berlaku pada malam 23 Ramadhan.
.
Nah inilah peluang kita meraih seberapa banyak pengampunan, kerahmatan dan keredhaan Allah SWT dengan mengimarahkan malam ini menerusi Qiamullail.
Walaubagaimanapun janganlah kita beribadat pada malam itu sahaja, carilah malam qadar pada 10 malam-malam terakhir yang lain juga.
.
Allah SAW menyembunyikan tarikh Lailatul Qadar sebagai perangsang kepada umat mukmin bagi melipat-gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadhan al-mubarak serta menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu.
.
.

Anugerah Lailatul Qadar

.
1.   Kelebihan malam al-Qadar tidak dianugerahkan kepada sebarangan orang dan tidak diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu Ramadhan sahaja.
2.  Fadhilat malam itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keislaman dalam setiap tutur kata, peri laku, akhlak, ibadat dan kegiatan kehidupan sepanjang Ramadhannya.
3.  Kehadiran Lailatul Qadar disambut dengan penuh keyakinan dan keimanan akan termasuk dalam golongan yang dilimpahi kenikmatan syurga.
4.  Pahala ibadat pada malam al-Qadar akan tetap mendapat ganjaran daripada Allah biarpun tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
.
.

Saat Makbul Doa

.
Sepanjang Lailatul Qadar adalah malam yang paling mustajab berdoa. Maka perbanyakkan doa pada malam itu, khususnya pada:
  1. Masa berlalunya separuh malam.
  2. Ketika berada pada bahagian malam yang akhirnya.
.
Ulama tasauf yang juga ulama fikah terkenal, Sufian as-Sauri berkata: “Berdoa pada Lailatul Qadar itu lebih disukai daripada mengerjakan solat. Malah apabila seseorang membaca al-Quran, berdoa dan meningkatkan doanya kepada Allah, mudah-mudahan dia memperoleh waktu yang mustajab.”
.
Rasulullah SAW amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada Lailatul Qadar dengan meminta keampunan kepada Allah. Lailatul Qadar adalah satu saat yang makbul dan sesiapa yang berdoa dan bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doanya dikabulkan Allah.
.

.
.

Bertemu Lailatul Qadar

.
Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: Bacalah:

للَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى

“Allahumma innaka ‘afwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni waghfirli.”
(Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah dan yang suka mengampunkan, maka ampunilah daku.)
.
.

Amalan Malam Lailatul Qadar

.
Bagi mendapatkan cara-cara beramal pada Lailatul Qadar yang lebih lengkap, sila  ‘klik di sini’
.
.
Rasulullah SAW. bersabda: “Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
.
.
Wallahu A’alam Bissowab

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

by

Sunday, August 12, 2012

PEKELILING TERKINI KPM BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN AKAUN SEKOLAH BAGI TAHUN 2012

Salam sejahtera,
Bersama-sama ini disertakan pekeliling terkini daripada Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) bagi tindakan PPD dan Sekolah-sekolah Harian.
Sila klik pautan dibawah untuk muat turun pekeliling berkenaan.
1. Surat Pekeliling Kewangan Bil. 6 Tahun 2012 - Pindaan Kepada SPK
Bil. 12 Tahun 2010 Prosedur Pembayaran Bil Utiliti Sekolah Bantuan
Kerajaan Bagi Negeri-Negeri Di Semenanjung Malaysia Tahun 2011.

2. Surat Siaran Kenaikan Had Perbelanjaan Melaksanakan Kerja-Kerja
 Penyelenggaraan / Pembaikan Kecil Sekolah/Asrama Bagi Satu Kerja 
 Menggunakan Lebihan Baki PCG dan BMA Tahun 2011.

3. Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2012 - Garis Panduan
 Pengurusan Peruntukan Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP).

Sekian, terima kasih.


Thursday, August 9, 2012

video hari raya mesti tengok


Berbaktilah kepada ibu semasa di ada.


 

Ibu vs kekasih

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu

Bila sedih, aku mesti telefon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan telefon pasanganku
Entah bila.. aku nak telefon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.

Wednesday, August 8, 2012

PENGUATKUASAAN PERATURAN BERKAITAN PEMATUHAN WAKTU BERKERJA PENJAWAT AWAM

Dipanjangkan surat JPA bil : JPA.BK(S)201/5(57) bertarikh : 30 Julai 2012 yang menyentuh sikap segelintir pegawai awam yang tidak mematuhi waktu bekerja dan berada ditempat-tempat awam seperti bazar, pasar, pusat membeli belah dan sebagainya semasa waktu bekerja.
Makluman lanjut sila rujuk : Surat Edaran JPA

TIPS 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN

Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.
Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!
Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A.
Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.
Tips
Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.

LAGU NASYID

Klik di sini- al mizan 1
                   al mizan 2 Hari Raya

                   Rabani - Pergi Tak Kembali
                   Raihan - Doa Taubat 
                   Raihan - Ya Rasullallah
                  

NOTA KURSUS ASET DAN STOR

Klik di sini

Contoh surat lantikan Pegawai Aset Dan Stor

Klik di sini

Slide Tatatertib

Klik di sini

Tuesday, August 7, 2012

PEKELILING TERKINI KPM BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN
 AKAUN SEKOLAH BAGI TAHUN 2012

Salam sejahtera,
Bersama-sama ini disertakan pekeliling terkini daripada Kementerian
 Pelajaran Malaysia (KPM) bagi tindakan PPD dan Sekolah-sekolah Harian.
Sila klik pautan dibawah untuk muat turun pekeliling berkenaan.
1. Surat Pekeliling Kewangan Bil. 6 Tahun 2012 - Pindaan Kepada 
SPK Bil. 12 Tahun 2010 Prosedur Pembayaran Bil Utiliti Sekolah 
Bantuan Kerajaan Bagi Negeri-Negeri Di Semenanjung Malaysia 
Tahun 2011.

2. Surat Siaran Kenaikan Had Perbelanjaan Melaksanakan 
Kerja-Kerja Penyelenggaraan / Pembaikan Kecil 
Sekolah/Asrama Bagi Satu Kerja Menggunakan Lebihan
 Baki PCG dan BMA Tahun 2011.

3. Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2012 - Garis 
Panduan Pengurusan Peruntukan Bantuan Bayaran Tambahan 
Persekolahan (BBTP).

Sekian, terima kasih.

Monday, August 6, 2012

Surat Siaran
SubjekSurat Edaran Tatacara Pengurusan Kewangan Dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.
Bil.1
Tahun2012
JabatanBahagian Akaun
FailDownload
Tarikh11/04/2012
Pekeliling Kewangan
SubjekSurat Pekeliling Kewangan Bil. 4 Tahun 2011 - Garis Panduan Pengurusan Kewangan dan Perakaunan
Bil.4
Tahun2011
JabatanBahagian Kewangan
FailDownload
Tarikh23/08/2011

Sunday, August 5, 2012

Garis Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baharu Kategori Stor di Kementerian Pelajaran Malaysia  Download09/03/201250KB
Surat.Siaran
SubjekSurat Siaran Kenaikan Had Perbelanjaan Melaksanakan Kerja-Kerja Penyelenggaraan/Pembaikan Kecil Sekolah/Asrama Bagi Satu Kerja Menggunakan Lebihan Baki PCG dan BMA Tahun 2011
Bil.5
Tahun2012
JabatanBahagian Kewangan
FailDownload
Tarikh27/07/2012
MAKLUMAN PENUTUPAN eSPKB BERSEMPENA CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI BAGI TAHUN 2012

Salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa bersempena dengan Cuti Hari Raya Aidilfitri

 yang bakal tiba, server eSPKB dijangka akan sesak mulai Khamis 
(sistem mula perlahan) dan akan ditutup sepenuhnya mulai pagi 
17 OGOS 2012 (Jumaat).

2.Sehubungan itu, bagi memastikan bil yang dikemukakan dapat diproses

 sebelum cuti perayaan ini, tuan / puan adalah di mestikan menghantar
 WARAN / BIL / TUNTUTAN / BAUCAR yang lengkap dengan 
dokumen sokongan ke Unit Akaun, JPN Johor selewat-lewatnya
 pada hari SELASA, 14 OGOS 2012 JAM 1.00TGH. Pada tarikh 
tersebut, sekiranya dokumen yang dihantar terpaksa dikuiri,
 dokumen yang telah dilengkapkan/diperbetulkan oleh tuan/puan
 mestilah dikembalikan selewat-lewatnya jam 4.00 petang hari tersebut.

3.Kerjasama Tuan/Puan menghantar dokumen lebih awal/secara 

berperingkat dan tidak menunggu saat-saat akhir adalah sangat 
diperlukan. Untuk makluman tuan/puan, bagi WARAN / BIL 
/ TUNTUTAN / BAUCAR yang diterima selepas tarikh ditetapkan,
 ia hanya akan di proses untuk bayaran pada 27 OGOS 2012
 ISNIN (iaitu selepas server eSPKB dibuka semula).

Sekian, makluman penting untuk tindakan selanjutnya.
Terima Kasih.

Thursday, August 2, 2012

PENYATA PERUBAHAN (KEW.8) IMBUHAN TAHUNAN 2012

Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor
Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah Negeri Johor
(Termasuk sekolah PTJ)
Tuan/Puan,
PENYATA PERUBAHAN (KEW.8) IMBUHAN TAHUNAN 2012
Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2012, mengenai
 Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2012, bersama-sama ini
 disertakan contoh Penyata Perubahan (Kew.8) Imbuhan Tahunan 2012 bagi
tujuan pembayaran kepada pegawai-pegawai yang namanya tidak termasuk
dalam payroll listing bonus 2012.
Sekian, terima kasih.



LAMPIRAN
CONTOH KEW.8 IMBUHAN TAHUNAN 2012 WORD 97 - 2003 (Lain-Lain)
CONTOH KEW.8 IMBUHAN TAHUNAN 2012 (Lain-Lain)

Wednesday, August 1, 2012

UNTUK MAKLUMAN.

SEKOLAH-SEKOLAH PTJ SILA DAPATKAN E MAIL DARI AKAUANTAN NEGARA SENARAI PENERIMA IMBUHAN TAHUNAN 2012 UNTUK DIKEMASKINI.

Tuesday, July 31, 2012

CONTOH KODING BARU ASET ALIH.

KPM/JPNJOH153/JEA5037/H/12/1 (HARTA MODAL).
KPM/JPNJOH153/JEA5037/I/12/1 (INVENTORI).

Sunday, July 29, 2012

IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI TAHUN 2012

PEK. PERKH. BIL. 5 TAHUN 2012 (JPA(BGE)223/5/4-3(69) bth. 27/07/2012

Klik di sini

Friday, July 27, 2012

Kelebihan Solat Tarawih di Bulan Ramadhan

InsyaAllah pada 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H, seluruh umat Islam bakal menyambut bulan yang ditunggu hanya sekali dalam setahun iaitu bulan Ramdhan bulan yang penuh dengan keberkatan. Pada bulan Ramadhan seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa dan digalakkan melakukan ibadat sunat dengan ganjaran yang berlipat kali ganda iaitu Solat Sunat Tarawih. Solat Sunat Tarawih hanya sunat dilakukan pada Bulan Ramadhan.
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Antara kelebihan Solat Sunah Tarawih sepanjang bulan Ramadhan mengikut hadis Sayidina Ali Abi Talib ra.

Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda bahawa:


Malam ke 1 – Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.


Malam ke 2 – Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.


Malam ke 3 – Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarnmalam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


Malam ke 4 -Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam ke 5 – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam ke 6 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
Malam ke 7 – Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
Malam ke 8 – Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Malam ke 9 – Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW.
Malam ke 10 – Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.
Malam ke 11 – la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Malam ke 12 – la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
Malam ke 13 – la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Malam ke 14 – Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
Malam ke 15 – Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam ke 16 – Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam ke 17 – Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam ke 18 – Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
Malam ke 19 – Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.
Malam ke 20 – Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Malam ke 21 – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Malam ke 22 – la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Malam ke 23 – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Malam ke 24 – Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam ke 25 – Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
Malam ke 26 – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam ke 27 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Malam ke 28 – Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam ke 29 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.



Malam ke 30 – Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama Al-Kautsar.

MAKLUMAN!!!
Harap maaf. Berkaitan dengan kelebihan / fadilat sunat terawih di atas sepertimana yang cik tom dimaklumkan sebenarnya bersumberkan kepada hadis palsu atau hadis maudu’ iaitu rekaan golongan Syiah dan apa yang lebih membimbangkan ia dikhuatiri boleh mendatangkan dosa. Hadis palsu itu adalah bertujuan memutarbelitkan kebenaran hadis Rasulullah dan golongan jahil mengenai hadis dipercayai menerima fadilat itu sebagai galakan untuk melakukan solat terawih. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati dengan kepalsuan hadis-hadis ini kerana ianya boleh membawa kepada kesesatan.
Dan di sini cik tom ada sertakan pendapat dari website JAIS dan juga Mufti Negeri Terengganu mengenai kepalsuan hadis yang berkaitan dengan kelebihan / fadhilat solat terawih ini. Klik SINI: Hadis Palsu Kelebihan Solat Tarawih di Bulan Ramadhan untuk bacaan lanjut.
Selamat menjalani ibadah puasa dan juga solat sunat tarawih kepada semua kawan-kawan dan juga pelawat blog ini ;)

MESEJ RINGKAS