Wednesday, April 25, 2012

KELULUSAN KEW.8 BAGI GAJI BULAN MEI 2012

TINDAKAN SEGERA >>>PENGETUA/GURU BESAR SEKOLAH DAERAH MUAR DAN LEDANG
MOHON PIHAK TUAN MENGARAHKAN PEMBANTU TADBIR UNTUK MEMBUAT DAN MENGHANTAR KEW.8 PELARASAN GAJI 13%, TUNGGAKAN GAJI 13%, BANTUAN SARA HIDUP(BSH),BAYARAN INSENTIF SUBJEK PELAJARAN (BISP), IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (ITP ) BAGI PEGAWAI YANG MENDUDUKI KUARTERS,SETIAP KEW.8 PERLU DIBUAT 2 SALINAN SAHAJA DENGAN KADAR SEGERA MULAI 25-26 APRIL 2012 KE PPD MUAR UNIT PERKHIDMATAN.
TINDAKAN INI HANYA BAGI GURU-GURU DAN ANGGOTA KAKITANGAN SOKONGAN YANG TIDAK MENERIMA PERUBAHAN GAJI BULAN APRIL 2012.
SILA SERTAKAN DOKUMEN SOKONGAN SLIP GAJI BULAN APRIL.
SEBARANG KELEWATAN PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
 

Monday, April 23, 2012

PEMBAYARAN KENAIKAN GAJI BAGI SISTEM SARAAN MALAYSIA PEGAWAI PERKHIDMATAN PERSEKUTUAN

TINDAKAN SEGERA>>SEMUA PENGETUA/GURU BESAR
                                   DAERAH MUAR DAN LEDANG
PEMBAYARAN KENAIKAN GAJI BAGI SISTEM SARAAN MALAYSIA PEGAWAI PERKHIDMATAN PERSEKUTUAN
Sila muat turun Surat dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia dibawah bertarikh 24.4.2012 untuk tindakan segera. Sila kembalikan LAMPIRAN 2 sebelum 30.4.2012 sebelum jam 3.00 petang ke UNIT KEWANGAN PPDMUAR.Pastikan lampirkan LAMPIRAN 2,KEW 320, dan dokumen yg berkaitan(seperti KEW.8 WAJIB LULUS,borang pengiraan serta slip gaji bln MAC DAN APRIL).Sila patuhi arahan yang diberikan dan pastikan dokumen yang dilampirkan adalah lengkap.Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Kewangan PPD Muar di talian 06-9525028,5105,5106 dan 5112.

Attachments:
FileDeskripsiUploaderFile size
Download this file (ANMSSM.pdf)ANMSSM.pdfPEMBAYARAN GAJI SSM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PERSEKUTUANUnit Teknologi & Maklumat PPD Muar1606

Sunday, April 22, 2012

PENGUMUMAN PENTING (20 April 2012)
Untuk makluman, KPM sedang dalam usaha menyediakan kertas kerja insentif bagi pemegang Ijazah Sarjana Lanjutan (ISL) dan Ijazah Kedoktoran (Ph.D). Sehubungan itu, mohon semua GDM untuk mengemaskini submodul Kelulusan Akademik setiap guru selewat-lewatnya pada 27 April 2012. Kerjasama GDM untuk memberikan maklumat yang sahih dan terkini amat dihargai. Terima kasih.
 

Monday, April 16, 2012

SURAT SIARAN PENGUMPULAN DATA PPPS GRED DG44, DG48, DG52 DAN DG54

TINDAKAN >> Semua Pengetua & Guru Besar
Tarikh tutup 17 April 2012 dan hantar sebelum jam 5 petang. Sila hantar ke Unit Pengurusan Sekolah Menengah.
1. SURAT SIARAN PENGUMPULAN DATA PPPS GRED DG44 YANG BERADA DITANGGA GAJI P1T11 HINGGA P1T17 PADA 31 OKTOBER 2002.
Untuk Surat Siaran Pengumpulan Data PPPS GRED DG44, sila klik link di bawah dan sila lihat senarai semak PPPS Gred DG44 yang disertakan di bawah :
2. SURAT SIARAN PENGUMPULAN DATA PPPS GRED DG48 KE GRED DG52 & GRED DG52 KE DG54.
Untuk Surat Siaran Pengumpulan Data PPPS GRED DG48 ke DG52 & GRED DG52 ke DG54, sila download dokumen di bawah.
Attachments:
FileDeskripsiUploaderFile size
Download this file (new 48, 52.pdf)GRED DG48 KE DG52 & GRED DG52 KE DG54 Unit Sekolah PPD Muar5058 Kb
Download this file (qq.pdf)Senarai Semak PPPS GRED DG44 Unit Sekolah PPD Muar1225 Kb

URUSAN MENYEMAK DAN MELULUSKAN PENYATA PERUBAHAN (KEW.8)

>> Tindakan  -  Pengetua dan Guru Besar,
Berhubung dengan perkara di atas surat dari JPNJ.PKHD(26)/100-14/2/5(11) bertarikh 06/04/2012 adalah dibatalkan.
Untuk makluman, bagi Sekolah Rendah Daerah Muar dan Ledang  hendaklah menghantar kew.8 berkenaan  ke PPD Muar    pada 09/05/2012.
Bagi Sekolah Menengah (bukan PTJ) hendaklah menghantar kew.8 berkenaan ke Jabatan Pelajaran Johor (Bilik Gerakan Blok B)  pada 15 Mei 2012.
Bagi SM PTJ - urusan penyemakan dan kelulusan di bawah tanggungjawab sekolah berkenaan.
Sekian, untuk makluman.  Segala pertanyaan sila hubungi Pn. Hjh. Mariah Ab Kadir atau En. Mohd Khalid bin Khamis.

Wednesday, April 11, 2012

TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH Ruj. Surat KPM(KP.AK.SEK/500-5(40) bth. 30/03/2012

Klik di sini
URUSAN MENYEMAK DAN MELULUSKAN KEW.8 (1)KENAIKAN GAJI DI BAWAH SSM (PP 1/2012), (2)KENAIKAN KADAR BAYARAN BSH (PP 3/2012), (3) KENAIKAN GAJI TAHUNAN 2012 & APC

Klik di sini

Tuesday, April 10, 2012

PERAKUAN KENAIKAN PANGKAT PPPLD GRED DGA32 KE DGA34 DAN DGA34 KE DGA38 SECARA TIME-BASED TAHUN 2012 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Klik di sini

Monday, April 9, 2012

KADAR KELAYAKAN MAKAN DAN PENGINAPAN MURID/PELAJAR YANG TERLIBAT DALAM PELAKSANAAN AKTIVITI KURIKULUM , KOKURIKULUM DAN SUKAN DALAM ATAU LUAR NEGARA (PINDAAN PEK. KEW. LAMA PERENGGAN 3.1 DAN 3.4) BIL 2 TAHUN 2011

Klik di sini

Sunday, April 1, 2012

SISTEM PERKHIDMATAN PEPERIKSAAN AWAM.

Pelaksanaan Peperiksaan Perkhidmatan Awam
dalam Tempoh Kajian Semula SBPA
1. Selaras dengan kajian semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), semua urusan perkhidmatan berkaitan Peperiksaan Perkhidmatan Awam termasuk Kursus Induksi Modul Umum dan Khusus dalam tempoh kajian tersebut dilaksanakan mengikut peraturan sedia ada di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).
2. Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dipinda dengan:
i. memberi keutamaan pelaksanaan kepada peperiksaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan;
ii. menangguhkan peperiksaan khas kenaikan pangkat/ peningkatan secara lantikan; dan
iii. menangguhkan peperiksaan perkhidmatan Subjek Umum berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2011.
3. Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam dalam tempoh kajian semula SBPA boleh dirujuk melalui www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan.
4. Pegawai yang telah memohon menduduki peperiksaan sebelum ini tidak perlu memohon semula oleh kerana permohonan berkenaan akan diselaraskan kepada peperiksaan berasaskan gred dan skim perkhidmatan di bawah SSM. Pegawai dinasihatkan untuk menyemak status permohonan masing-masing bagi mengetahui kedudukan peperiksaan yang layak diambil mengikut SSM.
5. Jadual peperiksaan yang baru akan dikeluarkan setelah kajian semula SBPA selesai.
Sekian, terima kasih.

klik di sini

MESEJ RINGKAS