Wednesday, September 12, 2012

PENGGUNAAN SEPENUHNYA PEMBERIAN BANTUAN PER KAPITA (PCG) MATA PELAJARAN

PENGGUNAAN SEPENUHNYA PEMBERIAN BANTUAN PER KAPITA (PCG) 
MATA PELAJARAN

Bersama-sama ini disertakan Surat Kementerian KP(BPK)600-3(65) bertarikh 
10 Ogos 2012 adalah berkaitan. Sehubungan itu, pihak sekolah hendaklah 
memastikan bantuan PCG mata pelajaran dibelanjakan sepenuhnya pada tahun 
 semasa supaya murid mendapat manfaat daripada peruntukan yang diberikan.

Sila muat turun surat berkenaan di lampiran.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN
PENGGUNAAN SEPENUHNYA PEMBERIAN BANTUAN PER KAPITA (PCG) MATA PELAJARAN (Surat)

Sunday, September 2, 2012

SEJARAH JAMBATAN MUAR

Sebelum pembinaan jambatan ini, penduduk yang ingin ke Seberang (panggilan untuk ke Tanjung Agas dan Melaka) terpaksa menyeberangi Sungai Muar menggunakan kemudahan feri yang dipanggil Penambang. Penambang atau feri ini mula beroperasi sekitar tahun 1890 sejak Muar dibuka dengan rasmi oleh Almarhum Sultan Abu Bakar.
Oleh kerana pembangunan pesat ketika itu, Penambang dirasakan tidak dapat menampung kenderaan yang ingin menyeberang Sungai Muar. Oleh itu, cadangan telah dibuat untuk membina saebuah jambatan yang akan menghubungkan Bandar Muar ke Tanjung Agas dan Melaka.
Pembinaannya bermula pada tahun 1960 oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan siap sepenuhnya pada 1962. Jambatan ini dibuka secara rasmi oleh Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor ketika itu pada 15 April 1967, mengambil sempena nama baginda. Dengan pembukaan jambatan tersebut, operasi feri Penambang juga ditamatkan.
Untuk menampung kos pembinaannya, kutipan tol telah dikenakan bagi tempoh yang singkat.

MAJLIS HARI RAYA KEPTAN AKAN DI SAMBUT PADA 12/09/2012 (HARI RABU) BERTEMPAT DI DEWAN SMKA MAAHAD, MUAR,JOHOR. SURAT JEMPUTAN AKAN MENYUSUL.


ORANG TAK AKAN PUAS HATI DENGAN APA YANG KITA BUAT...OLEH ITU BUAT YANG TERBAIK YANG KITA RASAKAN MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ORANGN LAIN..


MESEJ RINGKAS