Sunday, February 23, 2014

SEKOLAH-SEKOLAH PTJ KEWANGAN CEMERLANG TAHUN 2013 NEGERI JOHOR.

Tahniah kepada 7 BUAH SEKOLAH DAERAH MUAR/LEDANG
kerana PTJ kewangan cemerlang anugerahnya pada 11/03/2014 (Selasa)
di Dewan Besar Kompleks Islam Iskandar, Johor Bahru, Johor.

1. SMK BANDAR MAHARANI
2. SMK TUN MAMAT
3. SMK (P) SULTAN ABU BAKAR
4. SMK DATO SERI AMAR DI RAJA
5. SMK PARIT BUNGA
6. SMK SERI MUAR
7. SMK SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH

Saturday, February 22, 2014

Kepimpinan Rasulullah SAW

KEPIMPINAN Nabi Muhammad adalah yang terbaik dan perlu dijadikan contoh. Antara sikap baginda adalah sentiasa bersikap berlapang dada. Baginda tidak mudah berasa tertekan atau kelam kabut apabila berdepan dengan situasi tidak disenangi. Baginda sentiasa menggunakan pendekatan tenang dalam melihat sesuatu masalah.

Sekiranya pemimpin mudah hilang punca dan pertimbangan setiap kali berdepan dengan cabaran berat, banyak tindakan yang dilakukan tidak dapat dipastikan kesannya. Mereka mungkin sentiasa menukar perancangan dan pelaksanaan sesuatu perkara.

Perbincangan adalah satu amalan yang perlu diutamakan semasa merancang atau mengambil keputusan penting melibatkan rakyat yang mana setiap individu yang terlibat dalam urusan itu dapat memberi pendapat dan membuat keputusan bersama.

Rasulullah SAW sentiasa berlapang dada menerima pandangan para sahabat di mana baginda tidak memberi kata putus secara peribadi dalam hal melibatkan kepentingan rakyat. Pemimpin yang selalu berbincang menandakan mereka mempunyai sikap berlapang dada dan bersedia untuk ditegur.

Sesungguhnya tidak jatuh maruah pemimpin yang ditegur oleh orang bawahan. Sikap itu membawa rasa hormat rakyat terhadap pemimpin. Manusia tidak sempurna dalam semua hal dan memerlukan perbincangan atau pertolongan individu lain untuk melaksanakan sesuatu tugas.

Peribadi unggul lain yang dimiliki Nabi Muhammad adalah sentiasa mengamalkan pergaulan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa membeza-bezakan antara sahabat dan sesiapa yang ditemuinya.

Apa yang jelas, Nabi Muhammad tidak mengamalkan protokol atau syarat untuk membolehkan seseorang menemui baginda. Sesiapa saja boleh menemui baginda untuk menyatakan sendiri sebarang hajat atau mengajukan apa-apa pertanyaan.

Rakyat tidak berasa kekok untuk menyampaikan sesuatu perkara dan berganding bahu dengan pemimpin yang mengamalkan pergaulan mesra untuk melakukan usaha ke arah kebaikan dan menghindar perkara buruk.

Semua rakyat berhak mendapat layanan sama adil daripada pemimpin tanpa membezakan penyokong setia atau kroni berbanding yang lain. Ini kerana baginda adalah pemimpin untuk seluruh umat manusia.

Pemimpin mesti mementingkan falsafah saling mempercayai seperti mana diamalkan oleh baginda yang tidak ragu-ragu tentang sebarang pengakuan atau janji yang diucapkan kepadanya. Baginda tidak mempunyai prejudis dengan membuat andaian tanpa alasan munasabah terhadap seseorang.

Hubungan kasih sayang dibina oleh Rasulullah SAW dengan semua orang menyebabkan baginda sentiasa disayangi. Baginda juga sentiasa mengutamakan pembinaan perasaan kasih sayang tanpa membeza-bezakan taraf seseorang.

Kepimpinan Nabi Muhammad bersifat sejagat yang tidak hanya untuk kelompok masyarakat tertentu sahaja. Sebab itulah, baginda amat menekankan agar tidak wujud amalan perkauman atau melebihkan sesuatu bangsa sahaja.

Sifat yang tidak hanya mementingkan sesuatu kaum amat penting diamalkan di negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti negara kita. Setiap kaum berhak menikmati kehidupan dengan harmoni, aman dan selamat dalam negara kita yang berkongsi pemerintahan.

Nabi Muhammad amat berpandangan jauh dalam setiap tindakan yang dilakukan. Baginda sentiasa mengingatkan sesuatu kemungkinan yang bakal ditempuh oleh umat baginda pada masa akan datang.

Justeru, biarpun baginda telah wafat lebih 1,400 tahun lalu, apa yang pernah baginda ucapkan menjadi kenyataan pada hari ini.

Pemimpin yang berpandangan jauh tidak hanya merancang sesuatu yang berlaku dalam tempoh masa terdekat atau sekadar beberapa tahun akan datang. Sebagai pemimpin yang berwawasan, apa yang difikirkan tidak untuk diri dan generasinya saja. Apa yang dilakukan hari ini adalah untuk generasi akan datang.

Tugas memimpin tidak sekadar menggunakan kebijaksanaan minda tetapi juga memerlukan kekuatan fizikal yang mana setiap pemimpin terpaksa bergerak ke sana dan ke sini tanpa masa rehat yang cukup.

Sebab itulah, dalam sirah Rasulullah menceritakan mengenai kekuatan fizikal yang dimiliki baginda. Dengan kelebihan itu, baginda tidak menghadapi masalah untuk melakukan pelbagai jenis tugas, walaupun kelihatan berat untuk dilakukan orang lain.

RALAT : MAJLIS MAULIDUL RASUL KEPTAN MUAR DI TUKAR TEMPAT DARI DEWAN SMKA MAAHAD MUAR KE MAN CATERING JALAN JUNID, MUAR ATAS SEBAB-SEBAB TIDAK DIELAKKAN

HARI DAN WAKTU TIDAK BERUBAH

SEKIAN DIMAKLUMKAN.

Tuesday, February 18, 2014

PEKELILING JPICT

URUSAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN (KEW.8)

Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada surat jabatan ini bil. JPNJ.PKHD(26)/100-3/8/(29) bertarikh 18 Februari 2014 mengenai perkara di atas.
2. Bersama-sama ini disertakan contoh-contoh Penyata Perubahan (Kew.8) seperti berikut untuk tindakan tuan/puan selanjutnya:-
2.1 Tawaran Opsyen Pertukaran Pelantikan mengikut P.P.Bil.11, 17, 19 dan 23 Tahun 2013 bagi jawatan:
2.1. Juruteknik;
2.2. Pemandu Kenderaan;
2.3. Pembantu Am Pejabat;
2.4. Pekerja Awam;
2.5. Jaga
2.2. Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum bagi semua yang berada di Gred 1 hingga 54 Di bawah Sistem Saraan Malaysia mengikut P.P. Bil. 36 Tahun 2013 (kecuali bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan);
2.3. Pergerakan Gaji Tahunan Tahun 2014 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013;
2.4. Penggabungan Skim Perkhidmatan PPPS dan PPPLD mengikut P.P.Bil. 40 Tahun 2013.
3. Semua Kew.8 tersebut perlu disediakan pada atau sebelum 9 Mac 2014. Maklumat selanjutnya akan dimaklumkan kemudian.
Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN
SURAT JPNJ.PKHD(26)/100-3/8/(29) bth: 18.2.2014 (Surat)
CONTOH KEW.8 OPSYEN TUKAR LANTIK (Lain-Lain)
CONTOH KEW.8 PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI JGMM (Lain-Lain)
CONTOH KEW.8 PGT DAN APC (Lain-Lain)
CONTOH KEW.8 PENGGABUNGAN SKIM PERKHIDMATAN PPPS DAN PPPLD (Lain-Lain)

MAJLIS MAULIDUL RASUL TAHUN 2014

KEPTAN MUAR AKAN MENGADAKAN MAJLIS MAULIDULRASUL PADA 27/02/2014
DI SMKA MAAHAD, MUAR MULA PUKUL 1.30 PTG.

Wednesday, February 12, 2014

PERAKUAN UNTUK DITANDATANGANI OLEH PENJAWAT AWAM BERKENAAN DENGAN AKTA RAHSIA RASMI 1972

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk surat Ruj. JPNJ/PKHD/(26)/100-3/8/1(82) bertarikh
 30 Januari 2014.
Sepertimana yang tuan/puan sedia maklum, dibawah peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 setiap
 penjawat awam adalah diwajibkan menandatangani Borang Perakuan Perakuan Akta Rahsia Rasmi
 1972 seperti di Lampiran D.
Bersama-sama ini disertakan surat siaran berkenaan, carta aliran dan Borang Perakuan (Lampiran D)
untuk makluman dan tindakan tuan/ puan selanjutnya.
LAMPIRAN
 Surat : JPNJ/PKHD/(26)/100-3/8/1(82) bertarikh 30 Januari 2014 (Surat)
 Aliran Proses Kerja (Lain-Lain)
 Borang Perakuan Akta_Rahsia Rasmi 1972 (Lamp D) (Borang)
 Akta_88 (Lain-Lain)

MESEJ RINGKAS