Tuesday, March 18, 2014

KADAR KELAYAKAN MAKAN DAN PENGINAPAN PELAJAR AKTIVITI KURIKULUM & KOKURIKULUM

KHASIAT ULAM PENGAGA

Amalan kerap memakan pegaga boleh menjadikan seseorang itu awet muda dan tubuh badan tidak gemuk. Pada masa lampau ada gerai yang menjual jus pegaga sebagai tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan. Dimakan, dibuat jus minuman atau direbus untuk diminum sebagai penawar alahan, antikanser, menghentikan pendarahan dan menyembuhkan luka, melawaskan buang air kecil, meransang peredaran darah, merawat cirit-birit, merawat sakit keronkong, penawar kencing berdarah, penawar batu karang, penawar demam panas, penawar ulser, sebagai minuman tonik dan menurunkan tekanan darah tinggi. (petikan dari artikel saya yang terdahulu iaitu Makan Sayur Setiap Hari - sila klik di sini)


Hari ini tergerak hati saya untuk bercerita lebih lanjut tentang amalan memakan pegaga ini samada di makan sebagai ulam atau dibuat jus minuman. Kedua-dua pendekatan itu memang ternyata berkesan kerana hasilnya masalah sakit-sakit badan maupun keletihan dapat di kurangkan berbanding sebelumnya.

Ceritanya bermula beberapa tahun lalu di mana rumah lama kami telah menerima kunjungan seseorang yang kalau tidak silap agak2 saya berumur dalam linkungan 70-an. Beliau merupakan saudara 'bau-bau bacang' kami. Yang buat saya terpegunnya ialah bila tiapkali pandang wajahnya yang putih bersih berseri-seri dan tampak cantik walaupun dalam usia emas

Semasa di dapur ketika membasuh pinggan, saya ambil peluang bertanya rahsia awet muda beliau. Alhamdulillah beliau nampaknya dengan senang hati memberitahu saya rahsia yang diamalkannya sejak dari usia muda remaja lagi.

Caranya tidak lain dari menumbuk segenggam pegaga setiap pagi, ditapis patinya lalu dicampur dengan air masak setengah gelas untuk diminum. Hampas pegaga tadi jangan dibuang, lumurkan pula di muka dan biarkan ia selama kita memasak di dapur. 

Bagi saya, ini merupakan satu alternatif rawatan penjagaan kesihatan yang baik dan berkesanjika diamalkan setiap hari. Selain untuk rawatan diri sendiri, saya juga cuba memanafaatkan khasiat sayur ini untuk suami dan anak-anak. Tapi budak2 biasa lah, mereka hanya makan sebagai ulam dan tak berapa gemar minum jus nya(mungkin bagi mereka rasanya tidak sesedap jus carrot/belimbing).
Alhamdulillah sehingga sekarang, saya menanam sendiri pegaga di laman dapur. Rasa2nya tanam sendiri lebih baik dari beli pegaga di pasar kerana jika ditanam sendiri, insyaAllah kedapatan bahan-bahan kimia pada ulam/sayur dari sebab baja/racun serangga boleh dielakkan. Saya lebih suka gunakan kaedah orang-orang tua dulu yang menyiram sayur-sayuran dengan air dari basuhan beras atau ikan. Hasilnya sayur kita akan lebih cantik, subur dan selamat untuk dimakan melalui penggunaan baja yang semulajadi.

Selamat mencuba, wassalam.

Sunday, March 16, 2014

DOA BILA MENGHADAPI TEKANAN (STRESS)


SENARAI NAMA KETUA PEMBANTU TADBIR DAERAH MUAR YANG BERSARA PADA TAHUN 2014

1. EN. MANSUR BIN ABU BAKAR (24.8.2014)
2. EN. MOHD.NASIR BIN ABDULLAH
3. EN. MOROJI BIN MARJUKI  (03.01.2015)
4. PN. ZAITON BINTI KABOL (29.11.2014)
5. PN. JUNAIDAH BINTI AB. GHANI  (05.04.2014)
6. PN. AINI BINTI GHAZALI
7. PN. KHALIJAH BINTI DAHRIM (12.03.2014)


SELAMAT BERSARA SEMOGA SEPANJANG PERKHIDMATAN  TUAN/PUAN DI BERKATI ALLAH S.W.T

Saturday, March 15, 2014

PEKELILING PERKHIDMATAN (PAKAIAN SERAGAM)

PAKAIAN SERAGAM PEMANDU DAN PAP

KategoriPekeliling Perkhidmatan
Bil1
Tahun2014
JabatanBahagian Khidmat Pengurusan
FailPakaian Seragam Pemandu dan PAP
Tarikh28 February 2014

Wednesday, March 12, 2014

PANDUAN SOLAT SUNAT ISTISQA

PANDUAN SOLAT SUNAT ISTISQA
Assalamualikum w.b.t.
Tuan / Puan,
Disertakan panduan untuk mengerjakan Solat Sunat Istisqa di sekolah tuan / puan.
Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN
 PANDUAN SOLAT SUNAT ISTISQA (Lain-Lain)

Wednesday, March 5, 2014

Cerita ayam goreng kunyit Emak, ayah dan aku



Alkisah sebuah hidangan isteri… 

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah. 

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan. 

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”

“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggang. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.

Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.

Sebuah tulisan untuk renungan. 

TAKLIMAT PENGISIAN KIT DATA ASAS SISTEM PENGURUSAN ASET ALIH (SPA) KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH HARIAN BERTARAF PTJ NEGERI JOHOR DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Pengetua
Sekolah-sekolah Menengah Harian Bertaraf PTJ Negeri Johor,
Tuan,
Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk perkara diatas.
2.� JPN Johor akan menganjurkan taklimat pengisian kit data asas Sistem Pengurusan Aset Alih (SPA) bagi sekolah-sekolah Menengah Harian yang bertaraf PTJ seperti ketetapan berikut:
Tarikh� :� 13 Mac 2014 (Khamis)
Masa��� :� 08:30 pagi - 01:00 petang
Tempat:� Dewan SJK (C ) Chong Hwa 2, 90 Jalan Lambak, 86000� Kluang, Johor
3.� Pengetua adalah dipohon untuk memastikan kehadiran dua (2) orang wakil di kalangan Pegawai Aset sekolah dan Ketua Pembantu Tadbir yang bertanggjawab terhadap Pengurusan Aset Alih sekolah.
4.� Bersama-sama ini dilampirkan salinan "softcopy" surat panggilan dan kit data asas untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya.� Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Puan Syazwila binti Munir di talian 07-231 0123.
Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN
 TAKLIMAT PENGISIAN KIT DATA ASAS SISTEM PENGURUSAN ASET ALIH (SPA) BAGI SEKOLAH HARIAN BERTARAF PTJ NEGERI JOHOR (Surat)
 SENARAI SEKOLAH HARIAN PTJ YANG TERLIBAT (Surat)
 KIT DATA ASAS SISTEM PENGURUSAN ASET ALIH (SPA) (Lain-Lain)

Monday, March 3, 2014

SURAT PEK. PERBEND. BIL. 1 TAHUN 2014

I.) HAD NILAI PEMBELIAN TERUS BAGI BEKALAN DAN PERKHIDMATAN
II.) HAD NILAI KERJA-KERJAREQUISITION

KLIK DI SINI

MESEJ RINGKAS