Saturday, April 16, 2016

SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENTADBIRAN DAN SOKONGAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA GRED JAWATAN/GAJI : N19, N22, N26, N28 TARIKH KUAT KUASA : 1 JULAI 2016

SKIM PERKHIDMATAN
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN
:
PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN
:
PELAKSANA
GRED JAWATAN/GAJI
:
N19, N22, N26, N28
TARIKH KUAT KUASA
:
1 JULAI 2016
SYARAT LANTIKAN
1.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a)
warganegara Malaysia;
(b)
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)
(i)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
(ii)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
(iii)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3.
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a)
(i)
mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
(ii)
lulus Peperiksaan Khas; dan
(b)
had umur pelantikan:
(i)
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii)
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii)
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
371/615
PENETAPAN GAJI PERMULAAN
4.
Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred N19 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
TEMPOH PERCUBAAN
5.
Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
LATIHAN
6.
Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN
7.
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
8.
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
(a)
memenuhi tempoh percubaan;
(b)
hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
(c)
diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
PERGERAKAN GAJI TAHUNAN
9.
Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.
KEPERLUAN KOMPETENSI DAN POTENSI
10.
Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED N22
11.
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22 yang kosong apabila telah:
(a)
disahkan dalam perkhidmatan;
(b)
mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c)
memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d)
diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED N26
12.
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N26 yang kosong apabila telah:
(a)
mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b)
memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(c)
diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED N28
13.
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N26 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N28 yang kosong apabila telah:
(a)
mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b)
memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(c)
diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
372/615
PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 ATAU PENGHULU GRED NP29
14.
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 atau Penghulu Gred NP29 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
Nota:
Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang berkuat kuasa pada 1.11.2013 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19 Tahun 2013).

Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Klik di sini

MESEJ RINGKAS