PENGGUNAAN SEPENUHNYA PEMBERIAN BANTUAN PER KAPITA (PCG) MATA PELAJARAN |
Bersama-sama
ini disertakan Surat Kementerian KP(BPK)600-3(65) bertarikh
10 Ogos 2012 adalah berkaitan. Sehubungan itu, pihak sekolah hendaklah memastikan bantuan PCG mata pelajaran dibelanjakan sepenuhnya pada tahun semasa supaya murid mendapat manfaat daripada peruntukan yang diberikan. Sila muat turun surat berkenaan di lampiran. Sekian, terima kasih. |
LAMPIRAN |
![]() |
Wednesday, September 12, 2012
PENGGUNAAN SEPENUHNYA PEMBERIAN BANTUAN PER KAPITA (PCG) MATA PELAJARAN
Sunday, September 9, 2012
Sunday, September 2, 2012
SEJARAH JAMBATAN MUAR
Sebelum pembinaan jambatan ini, penduduk yang ingin ke Seberang
(panggilan untuk ke Tanjung Agas dan Melaka) terpaksa menyeberangi Sungai Muar menggunakan kemudahan feri yang dipanggil Penambang. Penambang atau feri ini mula beroperasi sekitar tahun 1890 sejak Muar dibuka dengan rasmi oleh Almarhum Sultan Abu Bakar.
Oleh kerana pembangunan pesat ketika itu, Penambang dirasakan tidak dapat menampung kenderaan yang ingin menyeberang Sungai Muar. Oleh itu, cadangan telah dibuat untuk membina saebuah jambatan yang akan menghubungkan Bandar Muar ke Tanjung Agas dan Melaka.
Pembinaannya bermula pada tahun 1960 oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan siap sepenuhnya pada 1962. Jambatan ini dibuka secara rasmi oleh Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor ketika itu pada 15 April 1967, mengambil sempena nama baginda. Dengan pembukaan jambatan tersebut, operasi feri Penambang juga ditamatkan.
Untuk menampung kos pembinaannya, kutipan tol telah dikenakan bagi tempoh yang singkat.

Subscribe to:
Posts (Atom)