Monday, December 30, 2013
SELAMAT TAUN BARU 2014
Kepada semua ahli KPT MUAR selamat menyambut tahun baru 2014. Semoga sihat sejahtera, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia.... Kepada rakan2 yang akan bersara pada tahun 2014 harap hari pesaranan nanti lebih bermakna lagi di dalam kehidupan yang tiada gangguan dan bebanan... Insyallah MAJLIS KPT akan mengadakan satu MAJLIS meraikan tuan/puan.
Tuesday, November 26, 2013
Monday, September 2, 2013
CONTOH DAFTAR BARU ASET ALIH KERAJAAN.
KOD LAMA KOD BARU
KPM/JPNJOH153/JEA2038/H/12/105 KPM/JPNJOH/JEA2038/H/12/105
Rujuk Minit Mesyuarat Suku Tahun Kedua, Mesyuarat J/Kuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Jabatan Pelajaran Johor Bil. 3/2013 kuatkuasa mulai 01/08/2013
KPM/JPNJOH153/JEA2038/H/12/105 KPM/JPNJOH/JEA2038/H/12/105
Rujuk Minit Mesyuarat Suku Tahun Kedua, Mesyuarat J/Kuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Jabatan Pelajaran Johor Bil. 3/2013 kuatkuasa mulai 01/08/2013
JAB/PPD/SEK - SURAT ARAHAN KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB BIL. 4 TAHUN 2013; EDARAN DAN ARAHAN PELAKSANAAN PINDAAN KE ATAS SURAT PEKELILING KEWANGAN (SPK) BILANGAN 8 TAHUN 2012
|
||||||||||
Tuesday, August 20, 2013
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA KEPTAN
AKAN DIADAKAN PADA 4/9/2013 (RABU) DI MAN CATERING JALAN JUNID, MUAR.
WAKTU 2.00 PETANG
WAKTU 2.00 PETANG
Wednesday, August 14, 2013
Monday, July 29, 2013
PEK. PERKH. BIL. 7 TAHUN 2013
Bantuan Khas Kewangan 2013
Muat turun : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7/2013
Muat turun : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7/2013
LAILATUL KADAR DICARI
Malam Lailatul kadar adalam malam yang dicari orang yang beriman. Kita telah
berada hari ketujuh akhir ramadhan dan semua umat islam tahu 10
akhir ramadhan ada 1 malam yang diberi nama lailatul kadar ada malam seribu
bulan . Lailatui kadar bersamaan dengan 1000 bulan besarnya ganjaran tuhan
kepada hamba-Nya yang hanya umat Nabi Muhammad sahaja memilikinya.
Di saat umat islam lain mencari malam tersebut tapi dimana
kita, apa yang kita lakukan adakah kita juga mencari malam tersebut. Adakah kita
penuhkan malam – malam 10 akhir ramadhan dengan beramal dan beribadat agar kita perolehi malam
tersebut atau kita hanya membiarkan malam itu berlalu tanpa berusaha
mendapatkannya.
Di waktu orang lain sujud setiap malam kepada tuhanya, dimana kita
ketika itu adakah masih dibuai mimpi yang tidak akan sempurna. Di saat orang
lain bertasbih dan berzikir mungkin kita pula berdengkur sehingga memecahkan
kesunyian malam.
Amat rugi kiranya jika kita membiarkan malam itu berlalu tanpa
berusaha untuk mendapatkanya. Tidak bolehkah waktu tidur kita untuk 10
malam yang terakhir ini dikurangkan beberapa jam untuk kita mengenal
Tuhan
pencipta. Ia adalah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain agar apa
yag kita
lakukan akan memudahkan ketika mengadap tuhan kelak.
Bayangkan jika ada 1 syarikat pelaburan dibuka ditempat anda dan mereka menawarkan
saham kepada anda. Untuk 1 unit saham berharga RM1.00 dan apabila diniagakan
mereka akan memberi jaminan pulangan untuk 1 unit saham yang akan bernilai RM1000000.00 adakah kita akan
membiarkan saham itu terlepas bergitu saja? Jawapanya adalah tidak, bukankah
bergitu?
Sama jugalah dengan apa yang ditawarkan oleh Allah s.w.t
kepada kita untuk malam lailatul kadar bahkan ganjarannya lebih hebat daripada
syarikat pelaburan itu tapi kenapa masih ada antara kita melepaskan peluang
lailatul kadar itu?. Mungkin kita tidak nampak ganjaran yang dijanjikan oleh tuhan
di depan mata dan menjadikan kita tidak mahu berusaha untuk mendapatkan ia.
Jika kita memohon sesuatu kepada tuhan dan jatuh pada
malam lailatul kadar. Apa yang kita pohonkan akan secara terus kepada Allah dan
kalau kita ikhlas serta bersungguh dalam pohonan itu, ia akan mudah untuk
dimakburkan. Percayalah lailatul kadar dapat mengubah sesuatu nasib seseorang. Apa
yang penting kita yang perlu berusaha untuk mengubah nasib kita.
Besarnya malam lailatul kadar yang diberikan kepada manusia
tapi ada antara kita yang tidak mahu mengambil kesempatan itu. Kenapa kita
terlalu sombong dengan tuhan sedangkan tuhan telah berikan semua kepada
hambanya untuk digunakan oleh kita.
Malam lailatukadar telah dibuka seluas –luasnya pintu taubat dan
kita perlu menggunakan semaksimum mungkin untuk memohon ampun segala dosa – dosa yang
selama ini kita lakukan mahupun dosa yang akan datang.
Gunakan masa yang masih ada ini dengan kita melakukan ibadat
yang seikhlasnya dan pohonlah kepada Allah s.w.t untuk kebaikan kita sama ada
di dunia atau akhirat. Anggaplah dalam kita mencari malam lailatul kadar kali
ini adalah kesempatan yang terakhir Allah q.w.t bagi kepada kita dan mungkin tahun depan bukan
milik kita lagi. Bersama – sama kita mencarinya dan menemuinya.
Sunday, July 28, 2013
Sunday, July 21, 2013
JAB/PPD/SEK - SURAT ARAHAN KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB BIL. 4 TAHUN 2013; EDARAN DAN ARAHAN PELAKSANAAN PINDAAN KE ATAS SURAT PEKELILING KEWANGAN (SPK) BILANGAN 8 TAHUN 2012
Bersama-sama
ini disertakan Surat Arahan Ketua Pusat Tanggungjwab Bil. 4 Tahun 2013
dan Pindaan Ke Atas Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8 Tahun 2012 - Garis
Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke Sekolah
Berdasarkan Per Kapita Dan Enrolumen Murid.
Sekian, terima kasih. |
LAMPIRAN |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Thursday, July 18, 2013
KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W DENGAN PENGEMIS BUTA

ika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia,” kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah pada setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Orang yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan malah ada juga yang tidak mempedulikannya langsung.
Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. Seperti biasa juga, Rasulullah SAW ke pasar Madinah. Apabila baginda sampai, baginda terus mendapatkan pengemis buta Yahudi itu lalu menyuapkan makanan ke mulutnya dengan lembut dan bersopan tanpa berkata apa-apa.
Pengemis buta Yahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan itu begitu berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi dan menyuapkan makanan ke mulutnya.
Perbuatan baginda itu dilakukannya setiap hari sehinggalah baginda wafat. Sejak kewafatan baginda, tidak ada sesiapa yang sudi menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu setiap pagi.
Pada satu pagi, Saidina Abu Bakar ra pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu kepadanya.
“Wahai anakku Aisyah, apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan yang aku tidak lakukan?”, tanya Saidina Abu Bakar ra sebaik duduk di dalam rumah Aisyah.
“Ayahandaku, boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah lakukan, ayahanda telah lakukan kecuali satu,” beritahu Aisyah sambil melayan ayahandanya dengan hidangan yang tersedia.
“Apakah dia wahai anakku, Aisyah?”
“Setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Sejak pemergian Rasulullah, sudah tentu tidak ada sesiapa lagi yang menyuapkan makanan kepada pengemis itu,” beritahu Aisyah kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.
“Kalau begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad untuk pengemis itu,” beritahu Saidina Abu Bakar ra kepada anaknya.
Pada keesokan harinya, Saidina Abu BAkar ra membawakan makanan yang sama seperti apa yang Rasulullah SAW bawakan untuk pengemis itu sebelum ini. Setelah puas mencari, akhirnya beliau bertemu juga dengan pengemis buta itu. Saidina Abu Bakar ra segera menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.
“Hei… Siapakah kamu? Berani kamu menyuapku?” Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu Bakar ra. Pengemis buta itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar ra itu seperti kebiasaan.
“Akulah orang yang selalu menyuapmu setiap pagi,” jawab Saidina Abu Bakar ra sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.
“Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapku setiap pagi. Perbuatan orang itu terlalu lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku. Tapi kali ini aku terasa sangat susah aku hendak menelannya,” balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar ra yang masih memegang makanan itu.
“Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapmu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya,” beritahu Saidina Abu Bakar ra sambil mengesat air matanya yang sedih.
“Tetapi ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia?”, tanya pengemis buta itu.
“Dia ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku yang menggantikan tempatnya,” jelas Saidina Abu Bakar ra dengan harapan pengemis itu berpuas hati.
“Dia Muhammad Rasulullah?”, kata pengemis itu dengan suara yang terkedu.
“Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia,” beritahu Saidina Abu Bakar ra. Tidak semena-mena pengemis itu menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara.
“Benarkah dia Muhammad Rasulullah?”, pengemis buta itu mengulangi pertanyaannya seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya itu.
“Ya benar. Kamu tidak percaya?”
“Selama ini aku menghinanya, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat memohon ampun kepadanya,” ujar pengemis itu sambil menangis teresak-esak.
“Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah pun meninggalkan kita,” beritahu Saidina Abu Bakar ra.
“Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah,” ujar pengemis buta itu.
Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan Saidina Abu Bakar ra. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah..
Monday, July 15, 2013
Kerajaan Belum Bincang Pemberian Bonus Untuk Aidilfitri: KSN
PUTRAJAYA: Kerajaan masih belum
berbincang mengenai pemberian bonus kepada 1.4 juta penjawat awam
sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara
(KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan
sebelum ini telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua
kali untuk tahun ini saja.
“Itu juga boleh dianggap bonus, namun
terpulang kepada kerajaan tetapi selalunya pemberian bonus pada hujung
tahun dan bergantung kepada output, sekarang terlalu awal untuk
membincangkan perkara itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Ali berkata, untuk tahun ini sahaja
kerajaan memperuntukkan sejumlah RM2 bilion bagi pemberian KGT selain
penyelarasan gaji untuk skim-skim tertentu.
“Bagi bulan ini sahaja sebanyak enam skim akan ditambah baik dan 81 skim lagi pada November nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta
mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan
Awam (CUEPACS) untuk pemberian bonus setengah bulan gaji sebelum
Adilfitri yang dijangka disambut pada 8 Ogos ini.
Terdahulu, Ali merasmikan seminar
bertajuk ‘Meningkatkan Kualiti Kawal Selia dan portal ‘Dasar Nasional
Mengenai Pembangunan dan Pelaksanaan Kenyataan Impak Hubungan dan Kawal
Selia’.
Seminar sehari itu dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
Minggu lalu, CUEPACS memohon kerajaan
mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh
penjawat awam tahun ini.
Pada 9 Ogos tahun lalu, kerajaan
membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada
penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan
bagi membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.
Sunday, July 14, 2013
Kisah 7 Hari Sebelum Rasulullah Wafat
Minggu, 4 Rabi'ul Awwal 11 H (Seminggu sebelum wafat)
Rasulullah baru saja kembali dari ziarah maqam para sahabat (baqi '),
ketika Jibril menemui Beliau dan mengajukan dua pilihan. Apakah
Rasulullah menginginkan dunia dan segala isi kandungannya, atau bertemu
Allah SWT? Dan Rasulullah Saw memilih pilihan kedua.
Setibanya di rumah, Aisyah ra. menyambut Rasulullah seraya berkata:
"Wahai Rasul, kepalaku pusing". Rasulullah-pun tersenyum, "Demi Allah
wahai isteriku, kepalaku juga pusing sekali". Lalu Rasulullah bertanya
kepada Aisyah sambil bersendagurau, "Apa yang menjadi beban fikiran,
bila engkau meninggal duluan sebelum aku?"
Sambil bersenda mesra Aisyah menjawab, "Demi Allah, jika demikian wahai
Rasulullah, Engkau tinggal kembali ke isteri-isterimu yang lain".
Rasulullah tersenyum mendengar jawapan Aisyah, dan Beliau tidur pada
malam itu dalam keadaan sakit. Inilah permulaan sakit Rasulullah yang
menyebabkan wafatnya beliau.
Rabu, 7 Rabi'ul Awwal 11 H (Lima hari sebelum wafat)
Seperti biasa Rasulullah mengunjungi isteri-isterinya secara bergilir.
Dan setibanya di rumah Maimunah ra, sakit Beliau tiba-tiba bertambah
parah. Lalu Rasulullah memanggil isteri-isterinya untuk berkumpul, lalu
meminta izin agar boleh dirawat di rumah Aisyah ra. Keadaan Rasulullah
semakin parah, beliau terpaksa dipapah oleh Fadhil bin 'Abbas dan Ali
bin Abi Talib menuju ke rumah Aisyah, sedang kedua kaki Beliau sudah
tidak boleh menapak tanah.
Khamis, 8 Rabi'ul Awwal 11 H (Empat hari sebelum wafat)
Rasulullah meminta dibawakan untuknya tujuh bejana berisi air dari tujuh
telaga yang berbeza. Dalam posisi duduk, Rasulullah dimandikan dengan
air tersebut. Kerana merasa pusingnya agak berkurang, Rasulullah keluar
dan berkhutbah di hadapan umatnya. Dan pada hari itu juga, Rasulullah
masih sempat solat maghrib berjamaah bersama para sahabat.
Itu merupakan khutbah terakhir Rasulullah, dan solat terakhir beliau bersama para sahabat dan pengikutnya.
Minggu, 11 Rabi'ul Awwal 11 H (Satu hari menjelang wafat)
Rasulullah membebaskan semua hamba sahayanya, dan menghebahkan seluruh
peralatan perangnya kepada kaum muslimin. Tidak ada yang tersisa dari
harta Beliau kecuali disedekahkan semuanya.
Isnin pagi, 12 Rabi'ul Awwal 11 H (Hari wafatnya Rasulullah)
Ketika kaum muslimin sedang menunaikan solat subuh berjemaah, dan Abu
Bakar ra bertindak sebagai imam. Rasulullah membuka pintu rumahnya yang
bersebelahan dengan jamaah solat. Rasulullah tersenyum melihat para
sahabatnya mendirikan solat. Beliau teringat perjuangan menyebarkan
Islam yang telah beliau tempuh bersama para sahabatnya itu selama 23
tahun.
Abu Bakar dan sebahagian jamaah sedar kalau Rasulullah sedang
memperhatikan mereka di depan pintu rumahnya. Nyaris saja Abu Bakar
melangkah mundur sebagai isyarat agar Rasulullah mengimami mereka, namun
Rasulullah berkata, "Teruskan solat kalian .." Rasulullah tersenyum dan
menutup kembali pintu rumahnya.
Itu adalah kali terakhir para sahabat melihat Rasulullah sebelum beliau
wafat. Dan juga kali terakhir Rasulullah melihat para sahabat, dan saat
itu mereka dalam keadaan sedang solat.
Isnin, waktu dhuha, 12 Rabi'ul Awwal 11 H (Hari wafatnya Rasulullah)
Fatimah ra., Puteri Rasulullah saw mendatangi beliau, dan duduk di
sebelah kanan Rasulullah. "Selamat datang wahai puteriku" Sapa
Rasulullah. Lalu beliau membisikkan sesuatu kepada Fatimah, seketika
Fatimah menangis. Rasulullah membisikkan untuk kedua kalinya, dan
seketika itu pula Fatimah tertawa.
"Apa yang dikatakan Rasulullah saw kepada kamu?" Tanya Aisyah ra.
"Pertama, Rasulullah membisikkan kepadaku; 'Bahawa Malaikat Jibril
biasanya menemuinya sekali dalam setahun untuk membacakan ayat-ayat
Al-Qur'an. Namun, tahun ini Jibril dua kali menemuinya. Ini mungkin
petanda ajalnya sudah dekat '. Makanya aku menangis ". Jawab Fatimah Ra.
Lalu Fatimah melanjutkan, "Yang kedua, Rasulullah menanyakan, 'Apa kamu
bersedia menjadi yang pertama dari keluargaku yang akan melanjutkan
perjuanganku? Atau bersediakah engkau menjadi 'Ibu bagi orang-orang yang
beriman' (ummahatulmukminin)? '. Dan aku tertawa haru mendengar soalan
itu ", tuntas Fatimah ra.
Ini adalah dialog terakhir antara Rasulullah dengan putri tercintanya Fatimah Ra.
Isnin, saat-saat wafatnya Rasulullah, 12 Rabi'ul Awwal 11 H
Di saat-saat terakhir, datang Abdurrahman bin Abu Bakar (Abang dari
Aisyah ra) dan ia membawa siwak (kayu yang biasa digunakan untuk
membersihkan gigi). Aisyah melihat Rasulullah memperhatikan siwak
tersebut, dan lewat isyarat isterinya tahu Beliau seperti ingin bersiwak
ketika itu. Lalu Rasulullah duduk bersandar di pangkuan Abdul Rahman.
Aisyah ra. langsung tanggap dan meminta siwak dari Abdurrahman agar
diberikan kepada Rasulullah, dan bersiwak adalah pekerjaan Rasulullah
yang terakhir sebelum menemui ajal.
Setelah selesai bersugi, Rasulullah memandang ke atas, dan bibir beliau
berkomat-kamit pelan hingga Aisyah ra mendekatkan wajahnya dan mendengar
Rasulullah berdo'a;
"Sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri nikmat dari golongan
para Nabi, orang-orang yang jujur, para syuhada dan para shalihin. Wahai
Allah, ampunilah dosaku, sayangilah aku, dan pertemukan aku dengan-Mu
(Kekasihku Yang Maha Tinggi). Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi ..
Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang
Maha Tinggi ..
Setelah membaca kalimat di atas, Rasulullah membasuh wajahnya dengan air yang terdapat di sisi beliau, dan kembali melafadhkan;
"Sesungguhnya kematian itu akan menghadapi 'sakaratulmaut', Wahai Allah,
Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi
.. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. "
Pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih
memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang
Rasulullah pada kita.
Lalu Rasululllah-pun menghembuskan nafas terakhirnya ..
Anas bin Malik mengisahkan, "Tiada hari yang paling indah dan cerah
selain hari kedatangan Rasulullah saw. ke Madinah. Dan tiada hari yang
lebih mendung dan muram daripada hari ketika Rasulullah saw. wafat di
Madinah ".
Friday, July 12, 2013
Wednesday, July 10, 2013
FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT TARAWIH
Malam ke 1
Diampuni dosa-dosa orang yang
beriman sebagaimana
keadaannya baru dilahirkan
Malam ke 2
Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang
yang beriman yang
mengerjakan solat Tarawih,
serta dosa-dosa kedua
ibubapanya
Malam ke 3
Para malaikat di bawah ‘Arasy
menyeru kepada manusia yang
mengerjakan solat Tarawih itu
agar meneruskan solatnya pada
malam-malam yang lain,
semuga Allah akan
mengampunkan dosa-dosa
mereka
Malam ke 4
Memperolehi pahala
sebagaimana pahala yang
diperolehi oleh
orang-orang
yang menbaca kitab-kitab
Taurat, Zabur, Injil dan Al-
Quran
Malam ke 5
Dikurniakan pahala seumpama
pahala orang-orang yang
mengerjakan solat di Masjidil
Haram, Masjid Madinah dan
Majidil Aqsa
Malam ke 6
Dikurniakan pahala seumpama
pahala malaikat-malaikat yang
bertawaf di Baitul Makmur serta
setiap batu dan tanah berdoa
agar diampunkan dosa-dosanya
Malam ke 7
Seolah-olah dapat bertemu
dengan Nabi Musa a.s serta
menolongnya itu menentang
Fir’aun dan Hamman
Malam ke 8
Dikurniakan pahala
sebagaimana pahala yang
dikurniakan ke atas Nabi
Ibrahim a.s
Malam ke 9
Dikurniakan pahala serta
diangkat ibadahnya seperti Nabi
Muhammad s.a.w
Malam ke 10
Dikurniakan ke atasnya
kebaikan hidup di dunia dan
akhirat
Malam ke 11
Meninggal dunia di dalam
keadaan seperti ia baru
dilahirkan
Malam ke 12
Dibangkitkan di akhirat di dalam
keadaan mukanya bercahaya
Malam ke 13
Dibangkitkan di akhirat di dalam
keadaan aman dari sebarang
kejahatan dan keburukan
Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang
menyaksikannya serta Allah
S.W.T tidak akan
menyesatkannya
Malam ke 15
Malaikat-malaikat yang memikul
‘Arasy dan Kursi akan
berselawat dan memohon agar
Allah S.W.T mengampunkannya
Malam ke 16
Allah S.W.T menuliskan baginya
dari kalangan mereka yang
terlepas dari api neraka dan
dimasukkan ke dalam syurga
Malam ke 17
Allah S.W.T menulis baginya
pahala sebanyak pahala para
nabi-nabi
Malam ke 18
Malaikat akan menyeru, “Wahai
hamba Allah sesungguhnya
Allah S.W.T telah redha ke atas
mu dan ke atas kedua ibubapa
mu.”
Malam ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan
darjatnya di dalam syurga
Firdaus
Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan ke
atasnya pahala sekelian orang
yang mati shahid dan orang
yang soleh
Malam ke 21
Allah S.W.T akan membina
untuknya sebuah mahligai di
dalam syurga daripada cahaya
Malam ke 22
Ia akan dibangkitkan pada hari
kiamat dalam keadaan aman
dari sebarang huru-hara pada
hari tersebut
Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina
untuknya sebuah bandar di
dalam syurga daripada cahaya
Malam ke 24
Dikurniakan ke atasnya pahala
dua puluh tahun ibadat
Malam ke 25
Dilepaskan dari seksa kubur
Malam ke 26
Dikurniakan ke atasnya pahala
empat puluh tahun ibadat
Malam ke 27
Dikurniakan ke atasnya
kemudahan melintasi titian sirat
seperti kilat
Malam ke 28
Allah S.W.T menaikkan
kedudukannya seribu darjat
diakhirat
Malam ke 29
Dikurniakan ke atasnya pahala
seribu haji yang mabrur
Malam ke 30
Allah S.W.T memberikan
penghormatan kepadanya
dengan Firman-Nya, “Wahai
hambaku, makanlah segala
jenis buah-buahan yang engkau
ingini untuk dimakan di dalam
syurga dan mandilah kamu di
dalam sungai yang bernama
Salsabil serta minumlah air dari
telaga yang dikurniakan kepada
Nabi Muhammad s.a.w yang
bernama Al-Kauthar.”
NIAT BERPUASA DAN DOA BERBUKA (SELAMAT BERPUASA KEPADA WARGA KPT MUAR/LEDANG)
Niat Berpuasa Sebulan
Nawaitu sauma syahri ramadhana kulihi lillahitaala
Maksud:
"Sahaja aku berniat berpuasa sebulan pada bulan ramadhan ini kerana Allah Taala"
Niat Berpuasa Harian:
Nawaitu sauma ghodin an’adae fardisyahri romadhona hazizhi sanati lillahhi ta’ala.
Doa Berbuka Puasa:
Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin
Firman
Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas
kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang
sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah
Al-Baqarah: 183)}}
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui
sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari
Abu Hurairah, yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh
berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang
bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu
neraka serta dibelenggu segala syaitan”
Sekian wasallam.Thursday, July 4, 2013
Tuesday, July 2, 2013
Sunday, June 30, 2013
KURSUS PEMBUGARAN KEWANGAN KPT DAERAH MUAR/LEDANG
Kursus Pembugaran Kewangan untuk Ketua Pembantu Tadbir akan diadakan pada 2 hingga 3 Julai 2013 di D'Nelayan, Pengkalan Balak Melaka.
Pertanyaan sila hubungi E,. Md. Sukor bin Othman
KPT SMK Bandar Maharani, Muar - 0176190373
Pertanyaan sila hubungi E,. Md. Sukor bin Othman
KPT SMK Bandar Maharani, Muar - 0176190373
Thursday, June 27, 2013
RALAT: PEMBERIAN PEMINDAHAN GAJI MENGIKUT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.5 TAHUN 2013
|
|||||
Wednesday, June 26, 2013
PEMBERIAN PEMINDAHAN GAJI DI BAWAH SSM MENGIKUT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.5/2013
|
||||||
Monday, June 24, 2013
SEISI PERSEKOLAHAN BERMULA SEMULA ESOK 25/06/2013
TINDAKAN>>SEMUA PENGETUA/GURU BESAR SEKOLAH DAERAH MUAR DAN LEDANG
Semua sekolah di daerah Muar dan Ledang mula beroperasi semula pada hari Selasa 25 JUN 2013. Sila maklumkan kepada semua guru, staf dan murid sekolah masing-masing. Arahan cuti sebelum ini adalag terbatal dengan sendirinya. Terima kasih.
Semua sekolah di daerah Muar dan Ledang mula beroperasi semula pada hari Selasa 25 JUN 2013. Sila maklumkan kepada semua guru, staf dan murid sekolah masing-masing. Arahan cuti sebelum ini adalag terbatal dengan sendirinya. Terima kasih.
Monday, June 17, 2013
TANDA KITA BERSYUKUR
Walau sesibuk mana sekalipun kita di dunia, janganlah lupa untuk turut menyibukkan diri untuk mencari bekalan di akhirat sana.

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 5 TAHUN 2013
Pemberian Pemindahan Gaji Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
Muat Turun: Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2013
Muat Turun: Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2013
Wednesday, May 22, 2013
(Iktibar) Ku sankga di orang gila..

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.
Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.
Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.
Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.
Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...
Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.
Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.
Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.
Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu.. (Copy pasted - Warta Dari Hati)
Subscribe to:
Posts (Atom)