Thursday, May 24, 2012

JADUAL GAJI BARU PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.1 TAHUN 2012

N22 & N26


Wednesday, May 23, 2012

Surah Al-Fatihah (The Opening)


TAKZIAH KEPADA PN. MARIAM BINTI ABD. RAHMAN
Ketua Pembantu Tadbir SK Bandar Maharani, Muar, Johor kerana anak sulungnya telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.00 malam (Selasa) 22/5/2012
Semoga roh anaknya dicucuri rahmat.

AL FATIHA

Tuesday, May 22, 2012

"Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)

Sumber: lenggangkangkung-my.blogspot.com

Hadis palsu kelebihan bulan Rejab

"Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku".

Al-Iman Ibnu Jauzi mengatakan hadis ini maudhu' (palsu) dan pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w. (Al-Maudhuuat, jilid 2, m/s 206)

Tuesday, May 15, 2012

SELAMAT HARI GURU
IKHLAS DARIPADA MAJLIS KPT MUAR, JOHOR.

Friday, May 4, 2012

PELANTIKAN JURU LATIH UTAMA (JU) KEWANGAN SEKOLAH NEGERI JOHOR OLEH PENGARAH JABATAN PELAJARAN JOHOR

Merujuk kepada surat Jabatan ini JPNJ/AKN(40)400-2/1/13/9Jld.2(56) bertarikh 02 Mei 2012 adalah berkaitan.

Sila klik untuk muat turun surat taklimat dan senarai peserta
Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai berikut :
En. Afzuhaidan Bin Mohd Juri - 07 2311444
Pn. Munaliza Binti Omar - 07 2311448
Pn. Nurulhaidha Binti Muhamed - 07 2311448
Pn. Noor Diana Binti Nordin - 07 2311448

Tuesday, May 1, 2012

PEGAWAI YANG MENGGUNAKAN JADUAL GAJI KHAS UNTUK PENYANDANG:
PAP Gred N4-1

Tuan / Puan,
Makluman kepada semua Pegawai Pelajaran Daerah, Pengetua, dan Guru Besar 
Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah Negeri Johor.
Dalam pelaksanaan pemberian kenaikan gaji 13% mengikut PP BIl 1 Tahun 2012,
 nama pegawai-pegawai yang sedang menggunakan Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang
 (KUP) perlu dimaklumkan kepada pihak JPA.
Jawatan yang dikenalpasti yang mempunyai gaji KUP ini ialah PEMBANTU AM 
PEJABAT GRED N4-1.
Sehubunagn itu, sila dapatkan borang maklumat untuk tindakan sebelum atau pada
 10 Mei 2012.
Sekian terima kasih.

LAMPIRAN
Surat Edaran Perkhidmatan (Surat)
Borang Maklumat (Borang)
Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang:N4-1 (Lain-Lain)

URUSAN PENYEDIAAN KEW.8 KENAIKAN GAJI MENGIKUT PEKELILING 
PERKHIDMATAN BIL.1 TAHUN 2012

Tuan / Puan,
Makluman kepada semua Pegawai Pelajaran Daerah, Pengetua, dan Guru Besar
 Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah Negeri Johor.
Untuk makluman dan tindakan, perkiraan kenaikan gaji kepada JGMM dan
elaun yang melibatkan daripada kenaikan gaji ini hendaklah dibundarkan kepada
 dua angka perpuluhan.
Sila dapatkan Contoh Perkiraan tersebut.

Sekian terima kasih.

LAMPIRAN
Contoh Perkiraan Kenaikan Gaji Kepada JGMM (Lain-Lain)

PENETAPAN GAJI PERMULAAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LANTIKAN TAHUN 2012

Penulis : PN.SALMAH SUKIMAN 
Dimasukkan Pada : 2012-04-25 08:47:15   



Tuan / Puan,
Makluman kepada semua Pegawai Pelajaran Daerah, Pengetua, dan Guru Besar Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah Negeri Johor.
Sebagaimana tuan/ puan sedia maklum, PPP Lantikan 2012 yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian telah ditawarkan gaji "sementara" pada matagaji P1T4 : RM 1967.20.
Sehubungan itu, tuan/ puan diminta membuat pelarasan gaji mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2012 yang boleh dilayari di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam. Contoh Kew 8 Pelarasan Gaji juga disediakan.
Sekian terima kasih.

LAMPIRAN
 Contoh Kew 8 Pelarasan Gaji (Lain-Lain)
 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 2012 (Pekeliling)
 Surat Edaran Perkhidmatan (Surat)



MESEJ RINGKAS