Monday, December 30, 2013

WAKTU BEKERJA NEGERI JOHOR.

SELAMAT TAUN BARU 2014

Kepada semua ahli KPT MUAR selamat menyambut tahun baru 2014. Semoga sihat sejahtera, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia.... Kepada rakan2 yang akan bersara pada tahun 2014 harap hari pesaranan nanti lebih bermakna lagi di dalam kehidupan yang tiada gangguan dan bebanan... Insyallah MAJLIS KPT akan mengadakan satu MAJLIS meraikan tuan/puan.

Monday, September 2, 2013

CONTOH DAFTAR BARU ASET ALIH KERAJAAN.

               KOD LAMA                                                        KOD BARU

KPM/JPNJOH153/JEA2038/H/12/105               KPM/JPNJOH/JEA2038/H/12/105

Rujuk Minit Mesyuarat Suku Tahun Kedua, Mesyuarat J/Kuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Jabatan Pelajaran Johor Bil. 3/2013 kuatkuasa mulai 01/08/2013

JAB/PPD/SEK - SURAT ARAHAN KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB BIL. 4 TAHUN 2013; EDARAN DAN ARAHAN PELAKSANAAN PINDAAN KE ATAS SURAT PEKELILING KEWANGAN (SPK) BILANGAN 8 TAHUN 2012

Tuesday, August 20, 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA KEPTAN

AKAN DIADAKAN PADA 4/9/2013 (RABU) DI MAN CATERING JALAN JUNID, MUAR.
WAKTU 2.00 PETANG

Monday, July 29, 2013

PEK. PERKH. BIL. 7 TAHUN 2013

Bantuan Khas Kewangan 2013
Muat turun : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7/2013

LAILATUL KADAR DICARI

Malam Lailatul kadar adalam malam  yang dicari orang yang beriman. Kita telah berada  hari ketujuh  akhir ramadhan dan semua umat islam tahu 10 akhir ramadhan ada 1 malam yang diberi nama lailatul kadar ada malam seribu bulan . Lailatui kadar bersamaan dengan 1000 bulan besarnya ganjaran tuhan kepada hamba-Nya yang hanya umat Nabi Muhammad sahaja memilikinya.
Di saat umat islam lain mencari malam tersebut tapi dimana kita, apa yang kita lakukan adakah kita juga mencari malam tersebut. Adakah kita penuhkan malam – malam 10 akhir ramadhan dengan beramal  dan beribadat agar kita perolehi malam tersebut atau kita hanya membiarkan malam itu berlalu tanpa berusaha mendapatkannya.
Di waktu orang lain  sujud setiap malam kepada tuhanya, dimana kita ketika itu adakah masih dibuai mimpi yang tidak akan sempurna. Di saat orang lain bertasbih dan berzikir mungkin kita pula berdengkur sehingga memecahkan kesunyian malam.
Amat rugi kiranya  jika kita membiarkan malam itu berlalu tanpa berusaha untuk mendapatkanya. Tidak bolehkah waktu tidur kita untuk  10 malam yang terakhir ini dikurangkan  beberapa jam untuk kita mengenal Tuhan pencipta. Ia adalah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain agar apa yag kita lakukan akan memudahkan ketika mengadap tuhan kelak.
Bayangkan jika ada 1 syarikat pelaburan  dibuka ditempat anda dan mereka menawarkan saham kepada anda. Untuk 1 unit saham berharga RM1.00 dan apabila diniagakan mereka akan memberi jaminan pulangan untuk 1 unit saham yang  akan bernilai RM1000000.00 adakah kita akan membiarkan saham itu terlepas bergitu saja? Jawapanya adalah tidak, bukankah bergitu?
Sama jugalah dengan apa yang ditawarkan oleh Allah s.w.t kepada kita untuk malam lailatul kadar bahkan ganjarannya lebih hebat daripada syarikat pelaburan itu tapi kenapa masih ada antara kita melepaskan peluang lailatul kadar itu?. Mungkin kita tidak nampak ganjaran yang dijanjikan oleh tuhan di depan mata dan menjadikan kita tidak mahu berusaha untuk mendapatkan ia.
Jika kita memohon sesuatu kepada tuhan dan jatuh pada malam lailatul kadar. Apa yang kita pohonkan akan secara terus kepada Allah dan kalau kita ikhlas serta bersungguh dalam pohonan itu, ia akan mudah untuk dimakburkan. Percayalah lailatul kadar dapat mengubah sesuatu nasib seseorang. Apa yang penting kita yang perlu berusaha untuk mengubah nasib kita.
Besarnya malam lailatul kadar yang diberikan kepada manusia tapi ada antara kita yang tidak mahu mengambil kesempatan itu. Kenapa kita terlalu sombong dengan tuhan sedangkan tuhan telah berikan semua kepada hambanya untuk digunakan oleh kita.
Malam lailatukadar telah dibuka seluas –luasnya pintu taubat dan kita perlu menggunakan semaksimum mungkin untuk memohon ampun segala dosa – dosa yang selama ini kita lakukan mahupun dosa yang akan datang.
Gunakan masa yang masih ada ini dengan kita melakukan ibadat yang seikhlasnya dan pohonlah kepada Allah s.w.t untuk kebaikan kita sama ada di dunia atau akhirat. Anggaplah dalam kita mencari malam lailatul kadar kali ini adalah kesempatan yang terakhir Allah q.w.t  bagi kepada kita dan mungkin tahun depan bukan milik kita lagi. Bersama – sama kita mencarinya dan menemuinya.

Thursday, July 18, 2013

KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W DENGAN PENGEMIS BUTA


 ika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia,” kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah pada setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Orang yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan malah ada juga yang tidak mempedulikannya langsung.
Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. Seperti biasa juga, Rasulullah SAW ke pasar Madinah. Apabila baginda sampai, baginda terus mendapatkan pengemis buta Yahudi itu lalu menyuapkan makanan ke mulutnya dengan lembut dan bersopan tanpa berkata apa-apa.

Pengemis buta Yahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan itu begitu berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi dan menyuapkan makanan ke mulutnya.

Perbuatan baginda itu dilakukannya setiap hari sehinggalah baginda wafat. Sejak kewafatan baginda, tidak ada sesiapa yang sudi menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu setiap pagi.

Pada satu pagi, Saidina Abu Bakar ra pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu kepadanya.

“Wahai anakku Aisyah, apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan yang aku tidak lakukan?”, tanya Saidina Abu Bakar ra sebaik duduk di dalam rumah Aisyah.

“Ayahandaku, boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah lakukan, ayahanda telah lakukan kecuali satu,” beritahu Aisyah sambil melayan ayahandanya dengan hidangan yang tersedia.

“Apakah dia wahai anakku, Aisyah?”

“Setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Sejak pemergian Rasulullah, sudah tentu tidak ada sesiapa lagi yang menyuapkan makanan kepada pengemis itu,” beritahu Aisyah kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.

“Kalau begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad untuk pengemis itu,” beritahu Saidina Abu Bakar ra kepada anaknya.

Pada keesokan harinya, Saidina Abu BAkar ra membawakan makanan yang sama seperti apa yang Rasulullah SAW bawakan untuk pengemis itu sebelum ini. Setelah puas mencari, akhirnya beliau bertemu juga dengan pengemis buta itu. Saidina Abu Bakar ra segera menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.

“Hei… Siapakah kamu? Berani kamu menyuapku?” Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu Bakar ra. Pengemis buta itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar ra itu seperti kebiasaan.

“Akulah orang yang selalu menyuapmu setiap pagi,” jawab Saidina Abu Bakar ra sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.

“Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapku setiap pagi. Perbuatan orang itu terlalu lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku. Tapi kali ini aku terasa sangat susah aku hendak menelannya,” balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar ra yang masih memegang makanan itu.

“Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapmu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya,” beritahu Saidina Abu Bakar ra sambil mengesat air matanya yang sedih.

“Tetapi ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia?”, tanya pengemis buta itu.

“Dia ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku yang menggantikan tempatnya,” jelas Saidina Abu Bakar ra dengan harapan pengemis itu berpuas hati.

“Dia Muhammad Rasulullah?”, kata pengemis itu dengan suara yang terkedu.

“Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia,” beritahu Saidina Abu Bakar ra. Tidak semena-mena pengemis itu menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara.

“Benarkah dia Muhammad Rasulullah?”, pengemis buta itu mengulangi pertanyaannya seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya itu.

“Ya benar. Kamu tidak percaya?”

“Selama ini aku menghinanya, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat memohon ampun kepadanya,” ujar pengemis itu sambil menangis teresak-esak.

“Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah pun meninggalkan kita,” beritahu Saidina Abu Bakar ra.

“Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah,” ujar pengemis buta itu.

Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan Saidina Abu Bakar ra. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah..

Monday, July 15, 2013

Kerajaan Belum Bincang Pemberian Bonus Untuk Aidilfitri: KSN

PUTRAJAYA: Kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus kepada 1.4 juta penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua kali untuk tahun ini saja.
“Itu juga boleh dianggap bonus, namun terpulang kepada kerajaan tetapi selalunya pemberian bonus pada hujung tahun dan bergantung kepada output, sekarang terlalu awal untuk membincangkan perkara itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Ali berkata, untuk tahun ini sahaja kerajaan memperuntukkan sejumlah RM2 bilion bagi pemberian KGT selain penyelarasan gaji untuk skim-skim tertentu.
“Bagi bulan ini sahaja sebanyak enam skim akan ditambah baik dan 81 skim lagi pada November nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk pemberian bonus setengah bulan gaji sebelum Adilfitri yang dijangka disambut pada 8 Ogos ini.
Terdahulu, Ali merasmikan seminar bertajuk ‘Meningkatkan Kualiti Kawal Selia dan portal ‘Dasar Nasional Mengenai Pembangunan dan Pelaksanaan Kenyataan Impak Hubungan dan Kawal Selia’.
Seminar sehari itu dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
Minggu lalu, CUEPACS memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.
Pada 9 Ogos tahun lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan bagi membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Sunday, July 14, 2013

Kisah 7 Hari Sebelum Rasulullah Wafat

Minggu, 4 Rabi'ul Awwal 11 H (Seminggu sebelum wafat)
Rasulullah baru saja kembali dari ziarah maqam para sahabat (baqi '), ketika Jibril menemui Beliau dan mengajukan dua pilihan. Apakah Rasulullah menginginkan dunia dan segala isi kandungannya, atau bertemu Allah SWT? Dan Rasulullah Saw memilih pilihan kedua.
Setibanya di rumah, Aisyah ra. menyambut Rasulullah seraya berkata: "Wahai Rasul, kepalaku pusing". Rasulullah-pun tersenyum, "Demi Allah wahai isteriku, kepalaku juga pusing sekali". Lalu Rasulullah bertanya kepada Aisyah sambil bersendagurau, "Apa yang menjadi beban fikiran, bila engkau meninggal duluan sebelum aku?"
Sambil bersenda mesra Aisyah menjawab, "Demi Allah, jika demikian wahai Rasulullah, Engkau tinggal kembali ke isteri-isterimu yang lain". Rasulullah tersenyum mendengar jawapan Aisyah, dan Beliau tidur pada malam itu dalam keadaan sakit. Inilah permulaan sakit Rasulullah yang menyebabkan wafatnya beliau.
Rabu, 7 Rabi'ul Awwal 11 H (Lima hari sebelum wafat)
Seperti biasa Rasulullah mengunjungi isteri-isterinya secara bergilir. Dan setibanya di rumah Maimunah ra, sakit Beliau tiba-tiba bertambah parah. Lalu Rasulullah memanggil isteri-isterinya untuk berkumpul, lalu meminta izin agar boleh dirawat di rumah Aisyah ra. Keadaan Rasulullah semakin parah, beliau terpaksa dipapah oleh Fadhil bin 'Abbas dan Ali bin Abi Talib menuju ke rumah Aisyah, sedang kedua kaki Beliau sudah tidak boleh menapak tanah.
Khamis, 8 Rabi'ul Awwal 11 H (Empat hari sebelum wafat)
Rasulullah meminta dibawakan untuknya tujuh bejana berisi air dari tujuh telaga yang berbeza. Dalam posisi duduk, Rasulullah dimandikan dengan air tersebut. Kerana merasa pusingnya agak berkurang, Rasulullah keluar dan berkhutbah di hadapan umatnya. Dan pada hari itu juga, Rasulullah masih sempat solat maghrib berjamaah bersama para sahabat.
Itu merupakan khutbah terakhir Rasulullah, dan solat terakhir beliau bersama para sahabat dan pengikutnya.
Minggu, 11 Rabi'ul Awwal 11 H (Satu hari menjelang wafat)
Rasulullah membebaskan semua hamba sahayanya, dan menghebahkan seluruh peralatan perangnya kepada kaum muslimin. Tidak ada yang tersisa dari harta Beliau kecuali disedekahkan semuanya.
Isnin pagi, 12 Rabi'ul Awwal 11 H (Hari wafatnya Rasulullah)
Ketika kaum muslimin sedang menunaikan solat subuh berjemaah, dan Abu Bakar ra bertindak sebagai imam. Rasulullah membuka pintu rumahnya yang bersebelahan dengan jamaah solat. Rasulullah tersenyum melihat para sahabatnya mendirikan solat. Beliau teringat perjuangan menyebarkan Islam yang telah beliau tempuh bersama para sahabatnya itu selama 23 tahun.
Abu Bakar dan sebahagian jamaah sedar kalau Rasulullah sedang memperhatikan mereka di depan pintu rumahnya. Nyaris saja Abu Bakar melangkah mundur sebagai isyarat agar Rasulullah mengimami mereka, namun Rasulullah berkata, "Teruskan solat kalian .." Rasulullah tersenyum dan menutup kembali pintu rumahnya.
Itu adalah kali terakhir para sahabat melihat Rasulullah sebelum beliau wafat. Dan juga kali terakhir Rasulullah melihat para sahabat, dan saat itu mereka dalam keadaan sedang solat.
Isnin, waktu dhuha, 12 Rabi'ul Awwal 11 H (Hari wafatnya Rasulullah)
Fatimah ra., Puteri Rasulullah saw mendatangi beliau, dan duduk di sebelah kanan Rasulullah. "Selamat datang wahai puteriku" Sapa Rasulullah. Lalu beliau membisikkan sesuatu kepada Fatimah, seketika Fatimah menangis. Rasulullah membisikkan untuk kedua kalinya, dan seketika itu pula Fatimah tertawa.
"Apa yang dikatakan Rasulullah saw kepada kamu?" Tanya Aisyah ra.
"Pertama, Rasulullah membisikkan kepadaku; 'Bahawa Malaikat Jibril biasanya menemuinya sekali dalam setahun untuk membacakan ayat-ayat Al-Qur'an. Namun, tahun ini Jibril dua kali menemuinya. Ini mungkin petanda ajalnya sudah dekat '. Makanya aku menangis ". Jawab Fatimah Ra.
Lalu Fatimah melanjutkan, "Yang kedua, Rasulullah menanyakan, 'Apa kamu bersedia menjadi yang pertama dari keluargaku yang akan melanjutkan perjuanganku? Atau bersediakah engkau menjadi 'Ibu bagi orang-orang yang beriman' (ummahatulmukminin)? '. Dan aku tertawa haru mendengar soalan itu ", tuntas Fatimah ra.
Ini adalah dialog terakhir antara Rasulullah dengan putri tercintanya Fatimah Ra.
Isnin, saat-saat wafatnya Rasulullah, 12 Rabi'ul Awwal 11 H
Di saat-saat terakhir, datang Abdurrahman bin Abu Bakar (Abang dari Aisyah ra) dan ia membawa siwak (kayu yang biasa digunakan untuk membersihkan gigi). Aisyah melihat Rasulullah memperhatikan siwak tersebut, dan lewat isyarat isterinya tahu Beliau seperti ingin bersiwak ketika itu. Lalu Rasulullah duduk bersandar di pangkuan Abdul Rahman. Aisyah ra. langsung tanggap dan meminta siwak dari Abdurrahman agar diberikan kepada Rasulullah, dan bersiwak adalah pekerjaan Rasulullah yang terakhir sebelum menemui ajal.
Setelah selesai bersugi, Rasulullah memandang ke atas, dan bibir beliau berkomat-kamit pelan hingga Aisyah ra mendekatkan wajahnya dan mendengar Rasulullah berdo'a;
"Sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri nikmat dari golongan para Nabi, orang-orang yang jujur, para syuhada dan para shalihin. Wahai Allah, ampunilah dosaku, sayangilah aku, dan pertemukan aku dengan-Mu (Kekasihku Yang Maha Tinggi). Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi ..
Setelah membaca kalimat di atas, Rasulullah membasuh wajahnya dengan air yang terdapat di sisi beliau, dan kembali melafadhkan;
"Sesungguhnya kematian itu akan menghadapi 'sakaratulmaut', Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. "
Pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Lalu Rasululllah-pun menghembuskan nafas terakhirnya ..
Anas bin Malik mengisahkan, "Tiada hari yang paling indah dan cerah selain hari kedatangan Rasulullah saw. ke Madinah. Dan tiada hari yang lebih mendung dan muram daripada hari ketika Rasulullah saw. wafat di Madinah ".

Wednesday, July 10, 2013

FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT TARAWIH

Malam ke 1                                                    
Diampuni dosa-dosa orang yang
beriman sebagaimana
keadaannya baru dilahirkan
Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang
yang beriman yang
mengerjakan solat Tarawih,
serta dosa-dosa kedua
ibubapanya
Malam ke 3
Para malaikat di bawah ‘Arasy
menyeru kepada manusia yang
mengerjakan solat Tarawih itu
agar meneruskan solatnya pada
malam-malam yang lain,
semuga Allah akan
mengampunkan dosa-dosa
mereka
Malam ke 4
Memperolehi pahala
sebagaimana pahala yang
diperolehi oleh
orang-orang
yang menbaca kitab-kitab
Taurat, Zabur, Injil dan Al-
Quran
Malam ke 5
Dikurniakan pahala seumpama
pahala orang-orang yang
mengerjakan solat di Masjidil
Haram, Masjid Madinah dan
Majidil Aqsa
Malam ke 6
Dikurniakan pahala seumpama
pahala malaikat-malaikat yang
bertawaf di Baitul Makmur serta
setiap batu dan tanah berdoa
agar diampunkan dosa-dosanya
Malam ke 7
Seolah-olah dapat bertemu
dengan Nabi Musa a.s serta
menolongnya itu menentang
Fir’aun dan Hamman
Malam ke 8
Dikurniakan pahala
sebagaimana pahala yang
dikurniakan ke atas Nabi
Ibrahim a.s
Malam ke 9
Dikurniakan pahala serta
diangkat ibadahnya seperti Nabi
Muhammad s.a.w
Malam ke 10
Dikurniakan ke atasnya
kebaikan hidup di dunia dan
akhirat
Malam ke 11
Meninggal dunia di dalam
keadaan seperti ia baru
dilahirkan
Malam ke 12
Dibangkitkan di akhirat di dalam
keadaan mukanya bercahaya
Malam ke 13
Dibangkitkan di akhirat di dalam
keadaan aman dari sebarang
kejahatan dan keburukan
Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang
menyaksikannya serta Allah
S.W.T tidak akan
menyesatkannya
Malam ke 15
Malaikat-malaikat yang memikul
‘Arasy dan Kursi akan
berselawat dan memohon agar
Allah S.W.T mengampunkannya
Malam ke 16
Allah S.W.T menuliskan baginya
dari kalangan mereka yang
terlepas dari api neraka dan
dimasukkan ke dalam syurga
Malam ke 17
Allah S.W.T menulis baginya
pahala sebanyak pahala para
nabi-nabi
Malam ke 18
Malaikat akan menyeru, “Wahai
hamba Allah sesungguhnya
Allah S.W.T telah redha ke atas
mu dan ke atas kedua ibubapa
mu.”
Malam ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan
darjatnya di dalam syurga
Firdaus
Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan ke
atasnya pahala sekelian orang
yang mati shahid dan orang
yang soleh
Malam ke 21
Allah S.W.T akan membina
untuknya sebuah mahligai di
dalam syurga daripada cahaya
Malam ke 22
Ia akan dibangkitkan pada hari
kiamat dalam keadaan aman
dari sebarang huru-hara pada
hari tersebut
Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina
untuknya sebuah bandar di
dalam syurga daripada cahaya
Malam ke 24
Dikurniakan ke atasnya pahala
dua puluh tahun ibadat
Malam ke 25
Dilepaskan dari seksa kubur
Malam ke 26
Dikurniakan ke atasnya pahala
empat puluh tahun ibadat
Malam ke 27
Dikurniakan ke atasnya
kemudahan melintasi titian sirat
seperti kilat
Malam ke 28
Allah S.W.T menaikkan
kedudukannya seribu darjat
diakhirat
Malam ke 29
Dikurniakan ke atasnya pahala
seribu haji yang mabrur
Malam ke 30
Allah S.W.T memberikan
penghormatan kepadanya
dengan Firman-Nya, “Wahai
hambaku, makanlah segala
jenis buah-buahan yang engkau
ingini untuk dimakan di dalam
syurga dan mandilah kamu di
dalam sungai yang bernama
Salsabil serta minumlah air dari
telaga yang dikurniakan kepada
Nabi Muhammad s.a.w yang
bernama Al-Kauthar.”

NIAT BERPUASA DAN DOA BERBUKA (SELAMAT BERPUASA KEPADA WARGA KPT MUAR/LEDANG)

Niat Berpuasa Sebulan

Nawaitu sauma syahri ramadhana kulihi lillahitaala
Maksud:
"Sahaja aku berniat berpuasa sebulan pada bulan ramadhan ini kerana Allah Taala"
Niat Berpuasa Harian:
Nawaitu sauma ghodin an’adae fardisyahri romadhona hazizhi sanati lillahhi ta’ala.


Doa Berbuka Puasa:

Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)}}
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”
Sekian wasallam.

Sunday, June 30, 2013

KURSUS PEMBUGARAN KEWANGAN KPT DAERAH MUAR/LEDANG

Kursus Pembugaran Kewangan untuk Ketua Pembantu Tadbir akan diadakan pada 2 hingga 3 Julai 2013 di D'Nelayan, Pengkalan Balak Melaka.

Pertanyaan sila hubungi E,. Md. Sukor bin Othman
KPT SMK Bandar Maharani, Muar - 0176190373

Thursday, June 27, 2013

RALAT: PEMBERIAN PEMINDAHAN GAJI MENGIKUT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.5 TAHUN 2013

erdapat RALAT di dalam contoh Kew.8 Pemindahan Gaji yang telah dilampirkan
 sebelum ini.

Semua Elaun yang diterima oleh Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan seperti 
 ITK/ ITKA/ ITP/ BSH/ BISP dan lain-lain yang berkaitan hendaklah dicatatkan
 pada Kew.8 Pemindahan Gaji .

LAMPIRAN
RALAT: CONTOH KEW.8 PEMINDAHAN GAJI BERSERTA ELAUN-ELAUN (Lain-Lain)

Wednesday, June 26, 2013

PEMBERIAN PEMINDAHAN GAJI DI BAWAH SSM MENGIKUT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.5/2013

�Semua Pegawai Pelajaran Daerah, PPD Negeri Johor.
Semua Pengetua/ Guru Besar Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Johor.

Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk surat Ruj. JPNJ.PKHD(26)100-3/8(4) bertarikh 20 Jun 2013.
Sebagaimana tuan/puan maklum, berkuatkuasa mulai 1 Julai 2013, kerajaan telah bersetuju memberi pemindahan gaji sebanyak satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2013.
Bersama-sama ini disertakan surat siaran berkaitan, contoh Kew.8 Pemindahan, Jadual Pemindahan Gaji dan Kew.8 Pergerakan Gaji untuk makluman dan tindakan tuan/ puan selanjutnya.

LAMPIRAN
JPNJ.PKHD(26)100-3/8(4) Bertarikh 20 Jun 2013 (Surat)
Contoh Jadual Pemindahan Gaji, Contoh Kew.8 Pemindahan dan Contoh Kew.8 Pergerakan Gaji (Lain-Lain)

Monday, June 24, 2013

SEISI PERSEKOLAHAN BERMULA SEMULA ESOK 25/06/2013

TINDAKAN>>SEMUA PENGETUA/GURU BESAR SEKOLAH DAERAH MUAR DAN LEDANG
Semua sekolah di daerah Muar dan Ledang mula beroperasi semula pada hari Selasa 25 JUN 2013. Sila maklumkan kepada semua guru, staf dan murid sekolah masing-masing. Arahan cuti sebelum ini adalag terbatal dengan sendirinya. Terima kasih.

Monday, June 17, 2013

TANDA KITA BERSYUKUR

Walau sesibuk mana sekalipun kita di dunia, janganlah lupa untuk turut menyibukkan diri untuk mencari bekalan di akhirat sana.

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 5 TAHUN 2013

Pemberian Pemindahan Gaji Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
Muat Turun: Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2013

Wednesday, May 22, 2013

(Iktibar) Ku sankga di orang gila..



Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?

Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...

Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu.. (Copy pasted - Warta Dari Hati)

Monday, May 13, 2013

MESYUARAT KEPTAN DAERAH MUAR PADA 23/05/2013 (KHAMIS)

Mesyuarat akan diadakan pada 23/05/2013 (Khamis) di SMKA Maahad, Muar, Johor. Kepada ahli sila hadir mesyuarat tersebut dan surat jemputan telah dikeluarkan.

Monday, April 29, 2013

ARAHAN BERTUGAS KEPADA ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) DI SEKOLAH-SEKOLAH PADA HARI CUTI AM ATAU HARI KELEPASAN MINGGUAN

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk surat Jabatan Pelajaran Johor Ruj.JPNJ/PKHD/(26)/100-3/8/1(15) bertarikh 11 April 2013.
Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang bertugas di sekolah yang hadir atas arahan bertugas oleh ketua jabatan pada hari cuti am atau kelepasan mingguan dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan sepertimana yang dijelaskan dalam surat edaran berkenaan.
Bersama-sama ini disertakan surat berkenaan untuk makluman dan tindakan tuan/ puan selanjutnya.

LAMPIRAN
JPNJ/PKHD/(26)/100-3/8/1(15) bertarikh 11 April 2013 (Surat)

Tuesday, April 2, 2013

BORANG KAJIAN PENEMPATAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA GRED 1-40, JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

Kepada : Semua Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 1-40, Jabatan Pelajaran Johor
Daripada : Unit Perjawatan
Salam 1 Malaysia
Merujuk kepada memo bil JPNJ.PKHD(26)/500-2/5(21) bertarikh 02 April 2013.
Borang Kajian Penempatan Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 1 - 40�boleh di muat turun seperti di lampiran di bawah:
Sekian,�Terima Kasih.
Lampiran

LAMPIRAN
BORANG KAJIAN PENEMPATAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA GRED 1-40 (Borang)

Friday, March 29, 2013

SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL 8 TAHUN 2012

SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 8 TAHUN 2012 - GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PERUNTUKAN PERSEKOLAHAN KE SEKOLAH BERDASARKAN PER KAPITA DAN ENROLMEN MURID.
Bersama-sama ini diedarkan surat edaran KPM Bil KP(BKEW)PK)1587/6/A-4/Jld.2(  ) bertarikh 20 Disember 2012 berkenaan SPK 8 Tahun 2012.
SPK 8 Tahun 2012 adalah berkuatkuasa pada 1 Januari 2013. Dengan ini semua Surat Pekeliling Kewangan Bil 8 Tahun 2010 bertarikh 24 Disember 2010 dan surat pekeliling Kewagan Bil 7 Tahun 2012 bertarikh 24 Julai 2012 adalah terbatal.

Attachments:
FileDeskripsiUploaderFile size
Download this file (SPK Bil 8 Tahun 2012 (GP Bantuan Persekolahan)..pdf)SPK Bil 8 Tahun 2012 (GP Bantuan Persekolahan)..pdf Unit Teknologi & Maklumat PPD Muar1901 Kb
Download this file (surat edaran.pdf)surat edaran.pdf Unit Teknologi & Maklumat PPD Muar699 Kb

MESEJ RINGKAS