Friday, March 29, 2013

SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL 8 TAHUN 2012

SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 8 TAHUN 2012 - GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PERUNTUKAN PERSEKOLAHAN KE SEKOLAH BERDASARKAN PER KAPITA DAN ENROLMEN MURID.
Bersama-sama ini diedarkan surat edaran KPM Bil KP(BKEW)PK)1587/6/A-4/Jld.2(  ) bertarikh 20 Disember 2012 berkenaan SPK 8 Tahun 2012.
SPK 8 Tahun 2012 adalah berkuatkuasa pada 1 Januari 2013. Dengan ini semua Surat Pekeliling Kewangan Bil 8 Tahun 2010 bertarikh 24 Disember 2010 dan surat pekeliling Kewagan Bil 7 Tahun 2012 bertarikh 24 Julai 2012 adalah terbatal.

Attachments:
FileDeskripsiUploaderFile size
Download this file (SPK Bil 8 Tahun 2012 (GP Bantuan Persekolahan)..pdf)SPK Bil 8 Tahun 2012 (GP Bantuan Persekolahan)..pdf Unit Teknologi & Maklumat PPD Muar1901 Kb
Download this file (surat edaran.pdf)surat edaran.pdf Unit Teknologi & Maklumat PPD Muar699 Kb

Tuesday, March 26, 2013

SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH

Kursus telah di adakan di PPD Batu Pahat dari 26-28/3/2013 telah di hadiri oleh JU Kewangan.

 Sila pastikan telah dilaksanakan pada tahun 2014

Klik di sini

Monday, March 25, 2013

PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SSM MENGIKUT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.2 TAHUN 2013

Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor

Semua Pengetua/ Guru Besar
Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Johor

Salam 1 Malaysia,
Tuan/Puan,
Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Bagi Pegawai
 Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia
mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 2013.
Sila muat turun pekeliling yang berkenaan di laman sesawang Jabatan
 Perkhidmatan Awam.
Sehubungan itu, tuan/ puan dipohon untuk menyediakan Penyata Perubahan
 Kew.8 Pergerakan Gaji Tahunan dan Jadual Pemindahan Gaji mengikut
contoh yang dilampirkan ini.
Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN
Surat JPNJ.PKHD(26)100-3/8(1) Bth: 22.03.2013 Dan Contoh Kew.8 Pergerakan Gaji Serta 
Jadual Pemindahan Gaji (Surat)

Wednesday, March 13, 2013

TAKLIMAT PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MUAR/LEDANG


RINGKASAN LAPORAN PENYALURAN PERUNTUKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KPM YANG DITUNTUT MELALUI SISTEM e-BANT

TINDAKAN>> KPT/PT
Dengan segala  hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas, portal JPN Johor dan surat JPNJ.AKN(40)/400-2/1/13/8 Jld.9(59) bertarikh 8 Mac 2013.
2.     Sukacita dimaklumkan ringkasan laporan penyaluran peruntukan bantuan persekolahan KPM tahun 2013 yang telah dituntut melalui sistem e-Bantuan (eB) berdasarkan enrolmen murid pada 1 Oktober 2012 boleh disemak pada lampiran ini oleh pihak sekolah.
3.           Oleh yang demikian, pihak sekolah boleh mencetak dan menyemak sendiri jumlah peruntukan yang diterima oleh sekolah masing-masing mengikut jenis bantuan persekolahan serta tarikh penyaluran ke Akaun KWK/ KWA sekolah, Laporan pembayaran (payment summary report) boleh juga di muatnaik di laman sesawang KPM www.moe.gov.my.

Sekian untuk perhatian serta tindakan pihak Tuan/ Puan selanjutnya.Terima kasih.


Attachments:
FileDeskripsiUploaderFile size
Download this file (BANTUAN AWAL PCG 2013.zip)BANTUAN AWAL PCG 2013.zipUnit Teknologi & Maklumat PPD Muar447 Kb

MAJLIS MAULUD NABI DAN KURSUS PERKHIDMATAN

PADA 14/03/2013 MAJLIS MAULUD NABI DAN KURSUS PERKHIDMATAN DI DEWAN SMK(A) MAAHAD, MUAR, JOHOR MULAI PUKUL 10.00 PAGI

Monday, March 11, 2013

SST - SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN DIUMUM


PUTRAJAYA 11 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST).
Pelaksanaan SST, kata beliau, adalah berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan dan input daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Antara perubahan di bawah SST, kata Perdana Menteri ialah persetujuan kerajaan semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kali berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Perdana Menteri berkata, hal yang demikian diputuskan kerana sebanyak 182,434 penjawat awam berada di paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan.
Kerajaan juga, kata Perdana Menteri, bersetuju memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai ini.
"Ini bermakna setiap penjawat awam mendapat antara RM80 dan RM320 yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion," katanya ketika berucap sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MPPA XIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa; Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Farida Mohd. Ali; dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman serta menteri-menteri Kabinet.
MPPA XIII yang bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020' dihadiri hampir 8,700 penjawat awam dari pelbagai sektor dan agensi.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga bersetuju menyambung kontrak 50,000 pegawai kontrak yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember ini setahun lagi, sementara kajian menyeluruh dilaksanakan.
Selain itu, beliau turut mengumumkan seramai 166,541 kakitangan dalam gred gaji 1 hingga 10 akan dinaik taraf ke gred setaraf kelayakan masuk Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Menurut beliau, perubahan itu akan memberi manfaat dari segi laluan kerjaya dan peningkatan sewajarnya dalam gred gaji kumpulan berkenaan.
Perdana Menteri berkata, kenaikan pangkat kumpulan pelaksana pula akan dipendekkan berdasarkan tempoh perkhidmatan daripada 15 tahun kepada 13 tahun yang akan memberi manfaat kepada 17,000 penjawat yang layak.
"Kerajaan juga secara prinsip bersetuju meluaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi.
"Kesemuanya ini dalam menambah baik laluan kemajuan kerjaya penjawat awam dalam jangka masa panjang," katanya.
Menurut Najib, sebanyak 81 skim perkhidmatan yang telah ditambah baik tetapi tidak dapat dilaksanakan sebelum ini akan dirunding semula iaitu bagi skim perkhidmatan bakat, juruteknik, pegawai atau penolong pegawai dan pembantu galian serta skim perkhidmatan Tukang K1 serta K2.
Dalam ucapannya itu, Perdana Menteri mahu penjawat awam menguasai teknologi agar mereka kekal relevan dengan peredaran semasa kerana kemahiran komunikasi baru perlu menjadi teras kepada tugas berhadapan dengan rakyat secara langsung.
"Kehidupan hari ini dipacu oleh kepantasan, ketepatan, ketelusan dan keluasan maklumat yang diterima.
"Justeru penjawat awam perlu bersifat proaktif melakukan penyebaran maklumat bersandarkan ketetapan tanpa melanggar peraturan agar sistem pentadbiran tidak dikompromi keabsahannya," katanya.
Perdana Menteri turut mengingatkan penjawat awam supaya memelihara integriti bagi memastikan ketirisan wang atau maklumat yang menjejaskan keutuhan perkhidmatan awam tidak berlaku.
Katanya, setiap tindakan dan keputusan penjawat awam hari ini diperhatikan, diperhalusi, diperiksa dan dianalisis serta dikritik. - UTUSAN1

Tuesday, March 5, 2013

SURAT ARAHAN KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR BILANGAN 1 TAHUN 2013

PEROLEHAN DENGAN KELULUSAN KETUA PTJ
1. PERMOHONAN PERBELANJAAN MELEBIHI HAD
 BAGI BEKALAN/PERKHIDMATAN MELEBIHI RM20,000.00
2. PERMOHONAN PERBELANJAAN MENGGUNAKAN SEWA KANTIN
/PELBAGAI (SELAIN DARIPADA DIBENARKAN)
3. PERMOHONAN PEROLEHAN HARTA MODAL MELEBIHI KADAR
 YANG DIBENARKAN
Sila muat naik Surat dan Borang seperti dilampiran untuk permohonan perbelanjaan yang
 memerlukan kelulusan ketua PTJ, bersesuaian dengan Tatacara Pengurusan Perakaunan 
Kumpulan Wang Sekolah Edisi 2012.
Sekian, terima kasih

LAMPIRAN
SURAT ARAHAN KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR BILANGAN 
1 TAHUN 2013 (Prosedur)

SENARAI NAMA BERSARA WAJIB TAHUN 2013 HINGGA 2018, BERSARA ATAS SEBAB KESIHATAN 2013,BERSARA PILIHAN 2013 DAN MENINGGAL DUNIA 2013.

Merujuk kepada tajuk di atas, sila semak senarai nama yang telah dikeluarkan oleh Unit pencen,Jabatan Pelajaran Johor.Sekiranya ada sebarang kesilapan atau perubahan maklumat,sila hubungi Unit Pencen dengan segera di talian 07-2311405(Pn.Zulia Binti Jais) untuk tindakan pembetulan.

Sila KLIK DI SINI untuk menyemak senarai BERSARA WAJIB TAHUN 2013.
Sila KLIK DI SINI�untuk menyemak senarai BERSARA WAJIB TAHUN 2014.
Sila KLIK DI SINIuntuk menyemak senarai BERSARA WAJIB TAHUN 2015.
Sila KLIK DI SINI untuk menyemak senarai BERSARA WAJIB TAHUN 2016.
Sila KLIK DI SINI�untuk menyemak senarai BERSARA WAJIB TAHUN 2017.
Sila KLIK DI SINI�untuk menyemak senarai BERSARA WAJIB TAHUN 2018.
Sila KLIK DI SINI untuk menyemak senarai BERSARA ATAS SEBAB KESIHATAN BAGI TAHUN 2013.
Sila KLIK DI SINI untuk menyemak senarai BERSARA PILIHAN SENDIRI BAGI GURU TAHUN 2013.
Sila KLIK DI SINI�untuk menyemak senarai BERSARA PILIHAN SENDIRI BAGI AGGOTA KAKITANGAN SOKONGAN TAHUN 2013.
Sila KLIK DI SINI untuk menyemak senarai MENINGGAL DUNIA TAHUN 2013.

Sekian,terima kasih.

MESEJ RINGKAS