Thursday, January 6, 2011

Diambil Dari Portal Rasmi Jabatan pelajaran Negeri Johor




MAKLUMAT TAMBAHAN - PERKHIDMATAN RANGKAIAN INTERNET
 DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR 2011
0leh:-Adharizam Bin Adanan 
Dimasukkan pada Thu, 06 Jan 2011 00:00:22 PST



Semua Pegawai Pelajaran Daerah 
Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor,
Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Negeri Johor


Tuan/Puan,
MAKLUMAT TAMBAHAN - PERHIDMATAN RANGKAIAN INTERNET 
DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR.
Merujuk kepada perkara di atas.
2.  Untuk makluman semua, pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor sedang 
berbincang bersama penyedia perkhidmatan internet (ISP) iaitu Telekom Malaysia
 Berhad dan Syarikat Goverment Integrated Telecommunication Network Sdn. Bhd. (GITN) 
berkaitan penawaran pekej jalur lebar khas untuk kegunaan pihak sekolah. Antara kandungan
 pakej jalur lebar yang ditawarkan ialah keselamatan rangkaian, data, antivirus, proses
 penapisan kandungan di pintu masuk (gateway), pertambahan kelajuan dan sebagainya.
3.  Sehubungan itu, pihak JPN Johor memohon kerjasama semua sekolah Negeri Johor 
membuat penanguhan sementara untuk mendaftar mana-mana penyedia perkhidmatan
 internet (ISP) untuk kegunaan talian internet di sekolah. Beberapa syarikat penyedia
 perkhidmatan internet (ISP) akan mengadakan penerangan ke setiap daerah berkaitan 
tawaran pakej khas untuk semua sekolah.
4.   Buat masa ini, perkhidmatan talian schoolnet belum ditamatkan dan perbekalan 
dilanjutkan sementara dalam tempoh dua minggu pertama bulan Januari 2011. 
Garis panduan pemasangan talian internet seperti yang telah dikeluarkan oleh pihak KPM. 
 5.  Sebarang permasalahan atau pertanyaan, sila rujuk pegawai kami iaitu 
En. Adharizam Bin Adanan di talian 07-2332237 atau berhubung dengan 
Penolong PPD (Teknologi dan Maklumat) di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing.
Segala kerjasama pihak tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.

No comments:

Post a Comment

MESEJ RINGKAS