Sunday, April 1, 2012

SISTEM PERKHIDMATAN PEPERIKSAAN AWAM.

Pelaksanaan Peperiksaan Perkhidmatan Awam
dalam Tempoh Kajian Semula SBPA
1. Selaras dengan kajian semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), semua urusan perkhidmatan berkaitan Peperiksaan Perkhidmatan Awam termasuk Kursus Induksi Modul Umum dan Khusus dalam tempoh kajian tersebut dilaksanakan mengikut peraturan sedia ada di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).
2. Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dipinda dengan:
i. memberi keutamaan pelaksanaan kepada peperiksaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan;
ii. menangguhkan peperiksaan khas kenaikan pangkat/ peningkatan secara lantikan; dan
iii. menangguhkan peperiksaan perkhidmatan Subjek Umum berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2011.
3. Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam dalam tempoh kajian semula SBPA boleh dirujuk melalui www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan.
4. Pegawai yang telah memohon menduduki peperiksaan sebelum ini tidak perlu memohon semula oleh kerana permohonan berkenaan akan diselaraskan kepada peperiksaan berasaskan gred dan skim perkhidmatan di bawah SSM. Pegawai dinasihatkan untuk menyemak status permohonan masing-masing bagi mengetahui kedudukan peperiksaan yang layak diambil mengikut SSM.
5. Jadual peperiksaan yang baru akan dikeluarkan setelah kajian semula SBPA selesai.
Sekian, terima kasih.

klik di sini

No comments:

Post a Comment

MESEJ RINGKAS