"Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.
Allah
berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua
belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan
bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka
janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan
perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi
kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang
bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)
Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.
Al
Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa
Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di
bulan-bulan Haram.
Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan
tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada
hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Diriwayatkan
daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab,
Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami,
limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan
sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan
lain-lain)
Sumber: lenggangkangkung-my.blogspot.com
Hadis palsu kelebihan bulan Rejab
"Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku".
Al-Iman
Ibnu Jauzi mengatakan hadis ini maudhu' (palsu) dan pembohongan
terhadap Rasulullah s.a.w. (Al-Maudhuuat, jilid 2, m/s 206)
No comments:
Post a Comment