Tuesday, August 28, 2012
Monday, August 27, 2012
Sunday, August 26, 2012
Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah

Puasa
sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari
ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin
mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan
yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu
bermegah dan riya' dengan amalannya.
" kau , dah hari ker berapa dah?"
"aku dah 5 hari dah ni"
"esok aku raya (sunat syawal)"
Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.
Ia
menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam.
Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat
tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.
Amat
dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa
sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta
memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas
untuk Allah.
Ziarah & Puasa Sunat
Saya
tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak
makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan
masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar
tidak timbul perasaan tersebut.
Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.
Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha
Selain
itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang
penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu
lebih perlu diutamakan.
Jika
ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal
dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini
terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya
: "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun,
maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib
ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka
kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih
kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
Hadis
tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal
jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya
begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh
atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan
sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat.
Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu
. Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding
Qadha (sepanjang tahun).
Bagaimanapun
harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita
tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal
menjelang dahulu.
Seseorang
yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa
sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang
dengan Allah SWT.
Bagaimanapun
seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak
sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun,
malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu
sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
إن
الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله
له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات
إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له
عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya
" ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak
melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka
jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala
sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)
Kita
harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan
tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat
Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan
‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah
sebagai tambahan pahala.
Isu Gabung Sunat & Qadha
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-
Tidak
elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari
sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana
sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah
melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk
menggabungkannya.
Apabila
Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia
bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan
para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah
terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang
mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-
1.
Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan
puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula
individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti
gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul
masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat
sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain
timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat
fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.
2.
Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan
Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan
wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat
lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah
bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan
kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan
kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu
a'lam.
3.
Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah
bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka
inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a
tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya
: Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah
aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)
4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam'
(tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat
mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang
mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun
syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun,
ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan
menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana
tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala
al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam
Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
5.
Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh
ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib
al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di
sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat.
Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya:
"Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari
dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr
(setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).
6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense'
bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang
belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian
barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.
7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia
dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting,
tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya
seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan
semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak
dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin,
An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh dibuat sesuka hati di dalam ibadah.
Kesimpulan
Kesimpulan
dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat
tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha)
daripada sunat (syawwal);
Pandangan
yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka
yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk
mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya
adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602),
Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar,
panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
25 Oktober 2006
(Diedit semula pada 3 Syawal 1428 H = 15 Oktober 2007)
TERBIT SEMULA : 8 OKTOBER 2008 ( 9 Syawal 1429 H)
p/s
: Anda bebas untuk tidak menyetujui kesimpulan saya dalam tulisan ini.
Bagaimanapuan, pihak saya tidak mengalu-alukan sebarang perdebatan dan
hujah balas dalam ruangan komen. Saya meraikan setiap pandangan tanpa
menyalahkan mana-mana pihak.
Justeru, tidak perlulah berhujjah di sini, ini bukan tempatnya yang sesuai.
Thursday, August 16, 2012
Jangan pergi dulu wahai Ramadhan...........
Rasanya.. Masih banyak ibadah yang harus
dibenahi.. masih banyak dosa diri, ingin mengisinya dengan sesuatu
berarti.. ramadhan jangan pergi!
1. jangan dulu pergi.. wahai bulan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya ampunan, dan akhirnya pembebasan dari api neraka. #ramadhan
2. jangan dulu pergi.. Wahai bulan orang-orang berpuasa dan menghidupkan malam-malamnya dengan ibadah.. #ramadhan
3. jangan dulu pergi.. Wahai bulan ketika Allah setiap malamnya membebaskan ratusan ribu orang yang harus masuk neraka #ramadhan
4. jangan dulu pergi.. Wahai bulan mustajabnya doa.. #ramadhan
5. Ibadahku belum lagi sempurna, doaku belum lagi membahana, malam-malamku masih kurang dengan airmata.. #ramadhan
6. jangan dulu pergi... Wahai bulan segala pahala kebajikan digandakan.. Wahai bulan keberkahan.. #ramadhan
7. jangan dulu pergi..amalan shalihku belum seberapa.. Itupun, belum tentu diterimaNya.. #ramadhan
8. jangan dulu pergi.. Masih kurang ku bertilawah, masih kurang kuberibadah berjamaah, masih kurang kubersedekah.. #ramadhan
9. jangan pergi..Lisanku masih kurang bertasbih, malamku tak sempurna bertarawih, dosaku masih membuih..
10. Tinggal hitungan hari, kau pergi.. Meninggalkan diri yg berharap kembali fitri. Kembali suci.. #ramadhan .

Wednesday, August 15, 2012
TINDAKAN SEGERA : URUSAN ePANGKAT
TINDAKAN>>> PENGETUA DAN GURU BESAR
Untuk makluman , tuan diminta membuat pengemaskinian dan pengesahan maklumat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) di bawah pentadbiran masing-masing. Walaubagaimanapun Ketua Jabatan dipohon agar memberi keutamaan kepada 3 kumpulan:-
1. Pengetua yang diberi pemangkuan 1.1.2012
(Sekolah yang terlibat sila maklumkan kepada PPD unit sekolah).
2. Penolong Kanan yang diberi pemangkuan 1.1.2012. -
3. PPP yang layak dinaikkan pangkat secara Time-Based tahun 2013.
(Disahkan oleh Pengetua / Guru Besar sekolah atau PK Pentadbiran bagi yang tiada Pengetua/Guru Besar)
Bagi keterangan lanjut sila layari laman web www.gov.my/epangkat, ePangkat ini dibuka secara berterusan.

Unit Pengurusan Sekolah -
TINDAKAN SEGERA
Tuesday, August 14, 2012
Mengesan Malam Lailatul Qadar 2012/1433H
Mungkinkah Lailatul Qadar tahun ini berlaku pada malam ke 21 atau 23 Ramadhan?
Jika 10 hari pertama adalah bulan penuh kerahmatan; 10 hari pertengahan Ramadhan sebagai hari pengampunan segala dosa; Maka 10 hari terakhir Ramadhan ialah kemunculan malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Padanya terdapat ‘Malam al-Qadar’ yang dinanti-nantikan oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa.
Berdasarkan pendapat dan kajian para
ulama terdahulu dengan berpandukan jadual yang diberi, maka terdapat
tarikh2 tertentu dalam sepuluh malam terakhir ini dijangkakan berlakunya
Lailatul Qadar.
.
Ibnu Abbas menyatakan Lailatul Qadar jatuh pada malam ketujuh
dari 10 malam yang terakhir, kerana Allah SWT telah menciptakan tujuh
langit, tujuh bumi, tujuh hari dan waktu itu berputar dalam tujuh
putaran.
.
.
Menjangka Lailatul Qadar
.
Daripada Aishah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.” (Riwayat Bukhari)
Pendapat Imam Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi pula; “Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadhan.”
.
Imam Nawawi berpendapat bahawa
memandangkan hadith-hadith yang menceritakan tentang Lailatul Qadar
berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam tersebut
berpindah-pindah pada setiap tahun.

Tepatnya pada malam-malam ganjil iaitu dari malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan. Berkata Imam Ghazali dan lainnya: “Lailatul Qadar pada malam yang gasal (ganjil) di dalam 10 yang akhir.” Dan mereka turut berkata: “Sesungguhnya Lailatul Qadar diketahui dengan hari yang pertama dari bulan Ramadhan.”
.
Maka berpandukan jadual di atas ahli Sufi berpendapat tahun ini (2012 / 1433H), ‘Lailatul Qadar’ akan berlaku pada malam 21 Ramadhan, manakala Fathul Wahhab pula menjangkakan ‘Lailatul Qadar’ berlaku pada malam 23 Ramadhan. Ini berdasarkan puasa pertama tahn ini jatuh pada hari Sabtu.
.

Sheikh Abu Hassan menyatakan beliau
sentiasa meraih Lailatul Qadar pada malam yang tepat sejak mula baligh,
setelah mengikut petua di atas. Beliau menyatakan sekiranya puasa
pertama jatuh pada hari Sabtu, seperti tahun ini (1433H), maka ‘Lailatul Qadar’ akan berlaku pada malam 23 Ramadhan.
.
Nah inilah peluang kita meraih seberapa banyak pengampunan, kerahmatan dan keredhaan Allah SWT dengan mengimarahkan malam ini menerusi Qiamullail.
Walaubagaimanapun janganlah kita
beribadat pada malam itu sahaja, carilah malam qadar pada 10 malam-malam
terakhir yang lain juga.
.
Allah SAW menyembunyikan tarikh Lailatul Qadar sebagai perangsang
kepada umat mukmin bagi melipat-gandakan amal ibadat pada malam akhir
Ramadhan al-mubarak serta menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin
untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu.
.
.
Anugerah Lailatul Qadar
.
1. Kelebihan malam al-Qadar tidak
dianugerahkan kepada sebarangan orang dan tidak diberikan kepada orang
yang ibadahnya hanya pada malam tertentu Ramadhan sahaja.
2. Fadhilat malam itu akan menyinari
orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam
mempertahankan nilai keislaman dalam setiap tutur kata, peri laku,
akhlak, ibadat dan kegiatan kehidupan sepanjang Ramadhannya.
3. Kehadiran Lailatul Qadar disambut
dengan penuh keyakinan dan keimanan akan termasuk dalam golongan yang
dilimpahi kenikmatan syurga.
4. Pahala ibadat pada malam al-Qadar
akan tetap mendapat ganjaran daripada Allah biarpun tandanya tidak dapat
dilihat dengan mata kasar.
.
.
Saat Makbul Doa
.
Sepanjang Lailatul Qadar adalah malam yang paling mustajab berdoa. Maka perbanyakkan doa pada malam itu, khususnya pada:
- Masa berlalunya separuh malam.
- Ketika berada pada bahagian malam yang akhirnya.
.
Ulama tasauf yang juga ulama fikah terkenal, Sufian as-Sauri berkata: “Berdoa
pada Lailatul Qadar itu lebih disukai daripada mengerjakan solat. Malah
apabila seseorang membaca al-Quran, berdoa dan meningkatkan doanya
kepada Allah, mudah-mudahan dia memperoleh waktu yang mustajab.”
.
Rasulullah SAW amat menyukai dan menyuruh
umatnya berdoa pada Lailatul Qadar dengan meminta keampunan kepada
Allah. Lailatul Qadar adalah satu saat yang makbul dan sesiapa yang
berdoa dan bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doanya
dikabulkan Allah.
.

.
.
Bertemu Lailatul Qadar
.
Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: “Bacalah:
للَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى
“Allahumma innaka ‘afwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni waghfirli.”
(Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah dan yang suka mengampunkan, maka ampunilah daku.)
(Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah dan yang suka mengampunkan, maka ampunilah daku.)
.
.
Amalan Malam Lailatul Qadar
.
Bagi mendapatkan cara-cara beramal pada Lailatul Qadar yang lebih lengkap, sila ‘klik di sini’ …
.
.
Rasulullah SAW. bersabda: “Sesiapa
yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua
kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu kecuali orang yang
telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
.
.
Wallahu A’alam Bissowabوالسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
by;Bila Lailatul Qadar?

bySunday, August 12, 2012
PEKELILING TERKINI KPM BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN AKAUN SEKOLAH BAGI TAHUN 2012
Salam sejahtera,
Bersama-sama
ini disertakan pekeliling terkini daripada Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) bagi tindakan PPD dan Sekolah-sekolah Harian.
Sila klik pautan dibawah untuk muat turun pekeliling berkenaan.
1.
Surat Pekeliling Kewangan Bil. 6 Tahun 2012 - Pindaan Kepada SPK
Bil. 12 Tahun 2010 Prosedur Pembayaran Bil Utiliti Sekolah Bantuan Kerajaan Bagi Negeri-Negeri Di Semenanjung Malaysia Tahun 2011. 2. Surat Siaran Kenaikan Had Perbelanjaan Melaksanakan Kerja-Kerja Penyelenggaraan / Pembaikan Kecil Sekolah/Asrama Bagi Satu Kerja Menggunakan Lebihan Baki PCG dan BMA Tahun 2011. 3. Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2012 - Garis Panduan Pengurusan Peruntukan Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP).
Sekian, terima kasih.
|
Thursday, August 9, 2012
Berbaktilah kepada ibu semasa di ada.
Ibu vs kekasih
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan telefon pasanganku
Entah bila.. aku nak telefon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan:
Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.
Wednesday, August 8, 2012
PENGUATKUASAAN PERATURAN BERKAITAN PEMATUHAN WAKTU BERKERJA PENJAWAT AWAM
Dipanjangkan surat JPA bil : JPA.BK(S)201/5(57) bertarikh : 30 Julai
2012 yang menyentuh sikap segelintir pegawai awam yang tidak mematuhi
waktu bekerja dan berada ditempat-tempat awam seperti bazar, pasar,
pusat membeli belah dan sebagainya semasa waktu bekerja.
TIPS 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN
Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin
dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir
ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.
Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!
Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A.
Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.
Tips
Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.

Tuesday, August 7, 2012
PEKELILING TERKINI KPM BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN AKAUN SEKOLAH BAGI TAHUN 2012 |
Salam sejahtera,
Bersama-sama
ini disertakan pekeliling terkini daripada Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) bagi tindakan PPD dan Sekolah-sekolah Harian.
Sila klik pautan dibawah untuk muat turun pekeliling berkenaan.
1.
Surat Pekeliling Kewangan Bil. 6 Tahun 2012 - Pindaan Kepada
SPK Bil. 12 Tahun 2010 Prosedur Pembayaran Bil Utiliti Sekolah Bantuan Kerajaan Bagi Negeri-Negeri Di Semenanjung Malaysia Tahun 2011. 2. Surat Siaran Kenaikan Had Perbelanjaan Melaksanakan Kerja-Kerja Penyelenggaraan / Pembaikan Kecil Sekolah/Asrama Bagi Satu Kerja Menggunakan Lebihan Baki PCG dan BMA Tahun 2011. 3. Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2012 - Garis Panduan Pengurusan Peruntukan Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP).
Sekian, terima kasih.
|
Monday, August 6, 2012
Surat Siaran | |
Subjek | Surat Edaran Tatacara Pengurusan Kewangan Dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah. |
---|---|
Bil. | 1 |
Tahun | 2012 |
Jabatan | Bahagian Akaun |
Fail | Download |
Tarikh | 11/04/2012 |
Pekeliling Kewangan | |
Subjek | Surat Pekeliling Kewangan Bil. 4 Tahun 2011 - Garis Panduan Pengurusan Kewangan dan Perakaunan |
---|---|
Bil. | 4 |
Tahun | 2011 |
Jabatan | Bahagian Kewangan |
Fail | Download |
Tarikh | 23/08/2011 |
Sunday, August 5, 2012
Garis Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baharu Kategori Stor di Kementerian Pelajaran Malaysia | Download | 09/03/2012 | 50KB |
---|
Surat.Siaran | |
Subjek | Surat Siaran Kenaikan Had Perbelanjaan Melaksanakan Kerja-Kerja Penyelenggaraan/Pembaikan Kecil Sekolah/Asrama Bagi Satu Kerja Menggunakan Lebihan Baki PCG dan BMA Tahun 2011 |
---|---|
Bil. | 5 |
Tahun | 2012 |
Jabatan | Bahagian Kewangan |
Fail | Download |
Tarikh | 27/07/2012 |
MAKLUMAN PENUTUPAN eSPKB BERSEMPENA CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI BAGI TAHUN 2012 |
Salam sejahtera,
Dimaklumkan bahawa bersempena dengan Cuti Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, server eSPKB dijangka akan sesak mulai Khamis (sistem mula perlahan) dan akan ditutup sepenuhnya mulai pagi 17 OGOS 2012 (Jumaat). 2.Sehubungan itu, bagi memastikan bil yang dikemukakan dapat diproses sebelum cuti perayaan ini, tuan / puan adalah di mestikan menghantar WARAN / BIL / TUNTUTAN / BAUCAR yang lengkap dengan dokumen sokongan ke Unit Akaun, JPN Johor selewat-lewatnya pada hari SELASA, 14 OGOS 2012 JAM 1.00TGH. Pada tarikh tersebut, sekiranya dokumen yang dihantar terpaksa dikuiri, dokumen yang telah dilengkapkan/diperbetulkan oleh tuan/puan mestilah dikembalikan selewat-lewatnya jam 4.00 petang hari tersebut. 3.Kerjasama Tuan/Puan menghantar dokumen lebih awal/secara berperingkat dan tidak menunggu saat-saat akhir adalah sangat diperlukan. Untuk makluman tuan/puan, bagi WARAN / BIL / TUNTUTAN / BAUCAR yang diterima selepas tarikh ditetapkan, ia hanya akan di proses untuk bayaran pada 27 OGOS 2012 ISNIN (iaitu selepas server eSPKB dibuka semula). Sekian, makluman penting untuk tindakan selanjutnya.
Terima Kasih.
|
Thursday, August 2, 2012
|
||||||||
Subscribe to:
Posts (Atom)