MAKLUMAN PENUTUPAN eSPKB BERSEMPENA CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI BAGI TAHUN 2012 |
Salam sejahtera,
Dimaklumkan bahawa bersempena dengan Cuti Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, server eSPKB dijangka akan sesak mulai Khamis (sistem mula perlahan) dan akan ditutup sepenuhnya mulai pagi 17 OGOS 2012 (Jumaat). 2.Sehubungan itu, bagi memastikan bil yang dikemukakan dapat diproses sebelum cuti perayaan ini, tuan / puan adalah di mestikan menghantar WARAN / BIL / TUNTUTAN / BAUCAR yang lengkap dengan dokumen sokongan ke Unit Akaun, JPN Johor selewat-lewatnya pada hari SELASA, 14 OGOS 2012 JAM 1.00TGH. Pada tarikh tersebut, sekiranya dokumen yang dihantar terpaksa dikuiri, dokumen yang telah dilengkapkan/diperbetulkan oleh tuan/puan mestilah dikembalikan selewat-lewatnya jam 4.00 petang hari tersebut. 3.Kerjasama Tuan/Puan menghantar dokumen lebih awal/secara berperingkat dan tidak menunggu saat-saat akhir adalah sangat diperlukan. Untuk makluman tuan/puan, bagi WARAN / BIL / TUNTUTAN / BAUCAR yang diterima selepas tarikh ditetapkan, ia hanya akan di proses untuk bayaran pada 27 OGOS 2012 ISNIN (iaitu selepas server eSPKB dibuka semula). Sekian, makluman penting untuk tindakan selanjutnya.
Terima Kasih.
|
Sunday, August 5, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment