Wednesday, March 5, 2014

TAKLIMAT PENGISIAN KIT DATA ASAS SISTEM PENGURUSAN ASET ALIH (SPA) KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH HARIAN BERTARAF PTJ NEGERI JOHOR DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Pengetua
Sekolah-sekolah Menengah Harian Bertaraf PTJ Negeri Johor,
Tuan,
Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk perkara diatas.
2.� JPN Johor akan menganjurkan taklimat pengisian kit data asas Sistem Pengurusan Aset Alih (SPA) bagi sekolah-sekolah Menengah Harian yang bertaraf PTJ seperti ketetapan berikut:
Tarikh� :� 13 Mac 2014 (Khamis)
Masa��� :� 08:30 pagi - 01:00 petang
Tempat:� Dewan SJK (C ) Chong Hwa 2, 90 Jalan Lambak, 86000� Kluang, Johor
3.� Pengetua adalah dipohon untuk memastikan kehadiran dua (2) orang wakil di kalangan Pegawai Aset sekolah dan Ketua Pembantu Tadbir yang bertanggjawab terhadap Pengurusan Aset Alih sekolah.
4.� Bersama-sama ini dilampirkan salinan "softcopy" surat panggilan dan kit data asas untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya.� Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Puan Syazwila binti Munir di talian 07-231 0123.
Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN
 TAKLIMAT PENGISIAN KIT DATA ASAS SISTEM PENGURUSAN ASET ALIH (SPA) BAGI SEKOLAH HARIAN BERTARAF PTJ NEGERI JOHOR (Surat)
 SENARAI SEKOLAH HARIAN PTJ YANG TERLIBAT (Surat)
 KIT DATA ASAS SISTEM PENGURUSAN ASET ALIH (SPA) (Lain-Lain)

No comments:

Post a Comment

MESEJ RINGKAS